Saturday, August 30, 2008

Home Sweet Home

Alhamdulillah setelah berperang dengan exam block 2 yang macam biasa, susah, akhirnya saya selamat juga sampai ke rumah. Summary:
  1. Saya balik lambat 6 hari lewat dari yang lain-lain atas sebab-sebab yang agak complicated untuk di explain
  2. Trip saya kali ini juga berempat dengan Maisarah, Aishah dan Khairolhida. Minna arigato
  3. Saya agak kagum dengan airport baru, Bangalore International Airport. (Maybe sebab ada CCD kegemaran kami itu)
  4. Adilah datang sambut saya di KLIA. Dilah, betulla terharu ni tau! Tak main-main... (Dia sanggup skip kelas and travel from KL to KLIA by bus)
  5. Rasanya pertama kali naik satu flight dengan senior. Bukan senior, but seniorS batch 19 yang hampir satu batch dalam satu flight yang sama.
  6. Suka dengan Airport Terengganu yang dah reinnovate dan agak sofisticated
  7. Layan TV dengan adik-adik dan sudah agak melekat dengan Wonderpets.
  8. So far dah ada 4 pasang baju baru buat balik Manipal nanti. (Makcik-makcik saya suka belikan baju raya untuk saya)

Tuesday, August 12, 2008

OMG he's so kawaii!!!

Tak tahan saya tengok video ini. Comel gila budak ni....




It's not funny!!biggrin

Tuesday, August 5, 2008

Obor-obor, hujan dan Datuk Venkat 2

Post terakhir saya tiba-tiba terhenti kerana berlaku beberapa peristiwa yang agak urgent ketika post itu ditaip. Sejak dari titik itu, saya mula sibuk hingga tidak sempat langsung untuk menjengah blog ini. Baiklah, sambungan kisah pengalaman saya berziarah lecturer.


Kami tiba di rumah Dr Rajani ketika waktu sudah hampir maghrib. Pukul 6 lebih ketika itu. Sampai di rumahnya kami dibawa ke bilik tamunya. Rumahnya boleh saya katakan agak kemelayuan. I mean, the interior design style. Its not like a typical Indian house. Tapi still, rumahnya mengekalkan ciri-ciri keIndiaan exteriorly. Sangat mendamaikan suasana rumahnya walaupun kedatangan kami disambut dengan seekor anjing peliharaan beliau.confused Kasihan pula saya lihat anjingnya yang dipotong telinganya oleh manusia-manusia tak bertamadun ketika ia ditinggalkan sepeninggalan beliau ke Malaysia. Di rumah beliau kami dihidangkan dengan kuih tradisional India, yang saya sendiri tergeliat lidah nak sebut. Sedap. Dicincah pula dengan sambal India. biggrin And as usual, the host will ask us what to drink. Tea? Coffee? Juice? Erk... Dengan agak awkward, kami jawab, anything madam.

Dr Rajani dengan semangatnya bawa kami meronda rumah beliau. Dari bilik ke bilik kami dibawa. Terasa macam dalam show Casa Impian pula. Hehe. What amazed us is her kitchen. Very big, and there is a hidden store or cupboard or cabinet, what to call it? Macam satu huge rak, yang disusun rempah-ratus, kacang-kacang dan gandum dari syiling ke lantai. Macam kedai rempah pun ada. Ya, orang India memang suka memasak. Dan bahan masakan mereka amatlah pelbagai. Tak jauh dari dapur beliau, ada pula satu rumah kecil, di luar rumah, dan ianya hanyalah tempat kopek kelapa. Hanya kelapa.

Hampir pukul 7 petang, kami minta untuk mengundurkan diri. Entah bila akan kami tiba lagi ke rumah beliau. Dr Rajani juga akan berhijrah tahun depan ke US mengikut suaminya. Tapi, tak mengapa, by that time, we have finished our Manipal campus course. Insya Allah. surprised Kami diiringi Dr Pratibha dan Dr Rajani ke jalan besar, menanti bas ke Manipal. Alhamdulillah at 8 o'clock we reach Manipal safely dengan penuh rasa puas dan sedikit penat.
Here's some pictures :

7 orang disumbat dalam kereta Dr Prathiba


welcome drink at Dr Pratibha's

Perigi yang sangat besar belakang rumah



The vegetarian meal. Ini baru half meal


Berpayung ke pantai


Masuk dalam paya sawah


Ambil angin pantai seketika




Dr Rajani menawarkan lagi papedom


Tambah sambal yang sedap