Friday, November 20, 2009

Biarkanlah Aku Bererti Untuk Dirinya

Buat orang yang macam tinggi perasaan macam saya, untuk mellihat satu prosedur yang menyayat hati adalah satu kelukaan di hati. Yang sakitnya patient, tapi saya pun macam terasa juga ngilunya. question Rabu lepas adalah pengalaman pertama saya melihat prosedur bone marrow aspiration, atau ambil sum-sum tulang. Untuk mengesan penyakit berkaitan darah. Pesakit akan dibaringkan mengiring, dan akan diberi pelali atau sedative. Patient akan jadi half-awake. Bius akan di inject di kawasan yang akan di cucuk jarum tebal tu. It's a local anaesthetic. Sepanjang proses tulang pinggul digerudi, makcik yang half-awake tu asyik bergerak-gerak, dan sekali-sekala bunyi keluhan sakit darinya. Seorang jururawat berdiri dekat dengan kepalanya tak putus-putus menggosok-gosok dan menenangkan beliau. Gosh, why should they done this procedure for that long? Semua yang ada, consultant, HO, nurse, pathologist, dan pelajar ameba macam kami(as claimed by Prof Choo) dah berpeluh-peluh. Sum-sum tulang tak keluar-keluar. Hanya darah yang membuak-buak. Patient mengerang sakit.

Kelcina, my groupmate came closer to me. She really could not stand to watch it further long. I could hear she whispered : God, bless this aunty. She turned away for a while taking some motivation maybe, and she proceed watching the whole procedure until the end with me. pfff It was a safe procedure actually, just it looks a little bit ngeri for me. After that the patient was asked to lie flat about 5-10 minutes to apply pressure over the aspirated site. She can continue her normal activities after that. Slight pain maybe felt at the area for 12-24 hours. Few hours after that, I saw the patient walking freely around the ward. lolYang tengok pula masih trauma. I still can remember Kelcina's traumatised face after the procedure.

Saya teringat masa kecil dulu bila ibu tak bagi saya potong buah epal dengan pisau. Masa tu umur baru 7-8 tahun. Ibu cakap, basuh jelah epal tu, nanti ibu potongkan. Saya yang kononnya dah besar, senyap-senyap ambil pisau potong epal. Zap! Terus berdarah jari. Mencurah-curah darah mengalir. Nak menjerit saya memang bersalah. Tapi darah banyak, nanti matilah saya kehabisan darah. Masa tu pandai-pandai je letak jari kat sinki, bagi darah habis mengalir. Letak tisu tebal-tebal bagi darah stop. Lepas dah jadi baru berani mengaku kat ibu.

Inilah salah satu insiden tak dengar cakap mak. Tuhan terus bayar cash. Banyak lagi insiden derhaka saya, yang tuhan terus tunjuk. Di usia begini saya dah tak berani nak lawan cakap. Biar besar mana pun darah muda saya menyirap, tak akan saya ulang kesilapan-kesilapan dulu. Moga dijauhkan dari kesilapan yang lagi besar. Amin.

Ala kulli haal, biarlah apapun role kita dalam satu-satu keadaan, biarlah ianya bermakna. Jangan lah mak saya anggap saya beban yang menyusahkan. Bukan saja mak, orang-orang di sekeliling juga, doanya begitu.

Allah, izinkanlah aku bahagiakan dia.
Biarkanlah aku bererti untuk dirinya.

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya. Kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab. -Rasulullah SAW-

Wednesday, November 11, 2009

Hilang

Zaman Nakal
Seminggu dua ni, cuaca Melaka agak tak menentu. Hujan selalunya tak terjangka. Makanya, selalulah saya terbasah terkena hujan akibat tak tersediakan payung sebelum hujan. Tapi dalam basah kuyup ditimpa hujan, ada sedikit memori lama tiba-tiba dihalusinasikan. Masa kecik dulu saya memang suka main hujan. wink Pantang hujan lebat tak ada kilat, saya mesti keluar rumah. Mula-mula bagi alasan nak beli gula-gula kat kedai, lepas tu kononnya payung tak sempat bukak, makanya baju saya lencun separuh. Alang-alang, teruslah mandi hujan. cool

Kalau musim banjir lagi seronok. Buat rakit, berenang air banjir, buat aksi kuak kupu-kupu, kuak lentang, kuak dada, freestyle, keliling rumah nenek. Bila dah penat, berenang terus ke tangga rumah. Biasanya tinggal lagi 2 3 step rumah nenek dah nak naik air. Bila mak larang air kotor, bekas longkang, parit, selamba bagi alasan, tak telan air bah tu. Bila banjir dah surut sikit, buat batang pancing, mengail ikan di tali air sawah padi yang dah jadi tasik. Puyu, sepat, skila(bahasa standard panggil ikan apa entah), tak berapa nak hebat. Tapi kalau dapat haruan, keli, itu memang terror. brosse

eh,piang ujang gining ikang banyok ah. soh kater mukkat, tadoh tangang pung buleh ikang

Itu semua dulu, masa zaman nakal-nakal, (sekarang masih nakal, tapi dah kurang kot). Dah tak ada air bah bila musim tengkujuh. Kerajaan dah buat sistem perparitan yang efisien. Tak ada alasan nak buat olimpik renang lagi. Seronoknya tak sama dengan olimpik di kolam renang proper. Tak boleh nak berenang kejar ayam, petik buah, cari selipar, dan berenang dalam hujan. Cuma certain part negeri Terengganu yang masih dinaiki air bila musim tengkujuh, sebab paras air sungai naik. Biasanya sebab empangan Kenyir yang dilepaskan airnya ke sungai-sungai utama Terengganu, avoiding high pressure to the dam.

Di sebalik seronok main bah, jangan pernah kita lupa pada yang ter affected severely. Ada yang hilang barang, insan tersayang, malah rumah kediaman. Macam yang dalam berita hari ini :

Zaman Berlatih
Dari jauh saya nampak dia terbaring lesu. Senyuman darinya saya balas. Dia tahu saya sibuk, dia juga ada cita-cita nak jadi doktor. Dia ada pun ada impian. Dia tak malas, dia tak mengeluh, dia banyak belajar. Dia sangat matang. Dia sangat memahami. Tadi, bila saya tanya perkembangannya, macam biasa, dengan senyuman dia balas:

Saya dah boleh keluar, doktor. Tapi kena buat scan leher dulu. (sambil menunjukkan cervical spine) Lagi 2 minggu kena datang hospital balik. Doktor ada tak nanti? Pukul 3 saya balik rumah.

Saya tumpang gembira bila tengok dia senyum kali ni. Senyum yang kurang pahitnya dari sebelum ni. At least buat masa sekarang. Saya tahu keadaannya makin teruk. Kakinya makin lama, makin lemah. Kaki kirinya makin kebas. Daripada boleh berlari, dia tak mampu lagi berjalan banyak walaupun dengan menggunakan walking frame. Dia tak mampu kejar impian dia sambung belajar kerana faktor fizikal dan kewangannya.

Doktor masih belajar kan? Saya nampak ramai kawan-kawan doktor. Saya kalau boleh nak jadi macam doktor. Nak tolong keluarga saya. Kami orang susah, doktor. Tapi sekarang, apa boleh buat. Saya boleh sembuh kan? Saya boleh hidup lama kan? (senyuman pahit disitu)neutral

Zaman Belajar
Seminggu dua yang lalu, saya mengalami masalah kewangan yang agak kritikal bila JPA tak masuk duit. Bukan mak ayah tak bagi, tapi dah rasa segan nak minta dalam usia yang dah masuk dekad ke 2 ni. Macam-macam cara saya berjimat. Terasa nak buat mogok makan pasir pun ada. Betullah duit bukan segalanya. Tapi kalau dah tak ada duit, segalanya macam serba tak kena. Barulah macam kononnya menyesal tak save duit baik-baik masa kat Manipal dulu. Oh, the good old day of Manipal life.....cry

Sometimes, we have to lose something before we can truly appreciate them.

Friday, October 9, 2009

Ada Harga Yang Perlu Dibayar

Di suatu ketika pernah kau hinggap ke sisiku. Sayapmu terluka, kau pinta ku merawatinya. Dengan segala keterbatasan, aku mencari segala penawarnya. Kau bagai dilahirkan kembali ke dunia nyata, kau terbang semula. Kemuncak yang ingin kau tawan, itulah jua yang ku impikan. Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus, terbang ke langit menggapai awan.

Demi kejayaan ada harga perlu dibayar. Ku menjadi perisaimu bila panah menghujani kita. Apabila engkau merasa tercabar, kau anggap aku menjadi sainganmu. Tidakkah engkau menyedari persamaan kita, hanya camar maya

Biarkan aku terbang melayang bersendirian. Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang. Semua ini satu ketentuan.

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


A new friend come again and again. But don't let go the old friends, because they are the one who wake you up until now.

Wednesday, October 7, 2009

Kita Insan Biasa

Bila saya tak online untuk almost 3 minggu, ramai yang tercari-cari tertanya-tanya, mana saya pergi. (ayat bajet popular). cool Bukan melarikan diri, menyepi atau sibuk. Saya tak dapat internet connection lagi sejak tinggal di hostel ni. Alhamdulillah, alyaum, ana fi sihhattan jayyidan wa ana bilkhair. Saya sihat dan sedang dalam proses menyesuaikan diri dengan tempat baru.

Dah lama stay rumah sewa, bila balik-balik sini, stay hostel, terasa asing dan sunyi pulak. Bilik single, with air cond, dan saya yang senang nak tidur selalu je rasa mengantuk, kuat sungguh dugaan. Sekali sekala terasa macam back to schooling era. Yelah, medical school pun sekolah jugak.

Frequently asked question: how’s life in Melaka?
Hargailah Manipal seadanya. Walaupun posting Karkala itu meletihkan, tapi proses pembelajaran itu sungguh menyeronokkan. Doktor-doktor yang sangat baik, tak bagi assignment pelik-pelik dengan jumlah yang banyak dalam waktu yang singkat, tak ada presentation hari-hari, tak ada kelas yang gabung dengan senior, tak ada test kecil-kecilan setiap minggu ke 2 posting, dan tak ada kes kena datang kelas hari sabtu sebab tak study dulu topik yang akan diajar.ok

Saya tak rasa amount makanan yang saya ambil untuk setiap meal itu banyak. Tapi selepas di sound oleh makcik kedai makan, yang mengatakan bahawa saya makan banyak, buat saya terfikir akan calories intake yang sepatutnya. Mungkin masa kat Manipal, dah standard satu meal tu sangatlah banyak. Dah terbiasa makan banyak. Terbawa balik habit kat sini pula. Prinsip dah lama tak makan sedap, tak habis lagi kot.

Currently sedang dalam posting O&G (obstetric and gynaecology). Macam tak faham system belajar macam mana. Tiba-tiba belajar PIH, GDM, Fibroid, Endometrial Carcinoma. Ingatkan masih sambung perihal normal condition lagi dengan lagi detail. Pening jap. Tapi the latest lecturer who came from India memang best. At the end of her class she said : Okay guys, tomorrow we will meet again at the same time and the same place. Neena continued : But different topics…lol

Nak, sampai simpang depan tu, belok kanan lepas tu tegak je. Berkerut jap, makcik ni cakap ‘tegak’ ke? Beberapa minit kemudian, barulah saya dapat, maksudnya ‘straight’. Isk, kadang-kadang terasa tanahair sendiri ni asing. Orang Terengganu tak pernah guna word tegak rasanya. Hehe confused Kadang-kadang terkeluar word rupees instead of ringgit or even OBG instead of O&G. baru saya sedar, kat Manipal dulu selalu sangat guna short form. Sampai sini kekok nak guna full form. Contohnya, saya biasa guna ‘NSAID’ untuk ‘nonstreoidal anti-inflammatory drugs, guna abbreviation GPL, yang sepatutnya disebut penuh, ‘gravida parity living.

Ada satu lagi perkara yang buat saya kekok. Bila ada makcik yang sangat-sangatlah baik dan memang dah tunjuk rasa sayang sangat-sangat kat kita, saya pulak dirundum rasa bersalah. Sebab tak mampu nak jadi motherly macam dia. Bila disuruh tukar panggilan selama ni instead of makcik to ibu, serba-salah saya nak sebut. Teringat ibu di rumah. Susah jugak lidah nak terluah title termahal itu kepada orang lain. Janggal. neutral Takpe baru-baru lagi agaknya. Teringat satu matan dari Rasulullah tak silap saya: man la yarham la yurham. (siapa tak mengasihi tak akan dikasihi)

Dari satu stage ke satu stage, hidup berubah. Environment berubah. Kita pun terpaksa berubah dan cuba adapt dengan perubahan semasa dengan menjadi diri kita. Ada sesetengah perubahan yang tak mampu saya terima, cuba saya terima sedikit demi sedikit. Balik ke tempat sendiri, tempat dimana pernah saya jatuh, bangun kembali. Sekali sekala yang pahit itu datang, buat diri terasa sayu seketika. Terlupa yang diri sebenarnya di assess setiap masa. Ada yang lebih hebat untuk mengadu rasa hati. Mengadu dan berdoalah sentiasa kepada Allah. La yukalllifullah nafsan illa wus’aha. (Allah tak bebankan seseorang itu kecuali dengan kemampuannya)

Friday, September 11, 2009

Bila Rasaku Ini Rasamu

Hari yang ke 21 Ramadhan. Tak lama dah bulan mulia ni nak habis. Cepatnya masa berlalu, tak terasa lamanya puasa tahun ini. Adakah kerana saya sangat tak ada kerja? Atau mungkin suasana puasa Malaysia diusia ini memang tak terasa? Mungkin juga sebab kat Malaysia banyak lauk-pauk, so 30 hari puasa, 30 jenis juadah berbuka. Hehe

Hari Ahad ni, 13 September, insyaAllah saya dan family akan bertolak ke Melaka. 14hb dah kena register. Saya tak ada langsung perasaan nak pergi register new sem. Tak nak pergi lagi, mahu cuti lagi. Barang dari Manipal masih dalam beg. Ni dah nak kena packing lagi. Hukuman apakah ini? Emotionally abused. Maybe.

Sedikit renungan yang saya dapat dari email :
Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 Ustaz Ismail Kamus:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampungdengar… kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ! ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masukniat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..! Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin", "Hamdaz-zakirin" dan "Hamdasy-syakirin". (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam.. 11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar.. walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renung-renungkanlah...

Ayuh lipat gandakan amalan di penghujung Ramadhan. Mana tahu, kalau-kalau dapat lailatul qadar. Untungnya Ya Allah..

Selamat Berdaftaran kepada batch 20
Selamat Memburu Lailatul Qadar buat semua

P/s: Tajuk yang macam tak berkaitan tu, sebenarnya diciplak dari tajuk lagu Kerispatih.

Monday, August 24, 2009

Di Mana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung

Lain benar rasanya atmosfera Malaysia lepas setahun tak balik. Memang banyak perubahan. PM dah lain. Wawasan terbaru negara adalah Satu Malaysia. (Eh sebelum ni Malaysia tak satu ke? Terfikir jap). Kira-kira jam 3.30 pagi waktu Malaysia, flight dari Bangalore, India berlepas ke bumi bertuah Malaysia. Sampai KLIA, terasa macam tak betul, tak cukup tidur, letih, jetlag, etc etc. Ibu datang jemput dari airport, bersarapan nasi lemak, terus ke Traders Hotel, Ampang since ibu abah dah stay sana that night. (Abah kebetulan ada function) Alhamdulillah selamat sampai.

Kuala Lumpur
Saya tak pasti bila last time saya jejakkan kaki di bandar KL. Lama gila kot. Masa sebelum fly, buat visa di kedutaan India kah? Hampir 3 tahun kot. Yang pastinya tak ada lagi pemandangan tempe-tempe yang crowded lagi merimaskan macam Manipal. Hehe. Tak lama saya merayau-rayau , tak larat, tak cukup kredit tidur. Since my mum and dad went out for dinner at KL Convention Centre, saya ajak adik saya jalan-jalan cari makan kat KLCC yang hanya sebelah hotel. Tapi disebabkan sangat malas nak jalan, kami naik perkhidmatan kereta golf yang angkut penginap hotel ke KLCC back and forth. (If Sera knows this, she will say 'pemalas punye wa!') Its good to be home, not home yet la, to be in your country. To see the Malaysian faces, to eat your food, to speak your mother tongue, to behave like your own nation, to appreciate hati budi rakyat Malaysia, to read your own newspaper in your very own language, to see Malaysian attire, is to say that, I miss Malaysia very much. Manipal teruk sangat kah sampai saya jadi se psycho ni? hehe

Terengganu
Akok, kuih bakar, pengat pisang, keropok lekor, nasi dagang, otak-otak, sata, etc do taste better than I ever remember. Jadi driver seminggu ni, dah banyak kali juga sesat, silap lorong, tertukar bangunan, etc. Banyak sangat perubahan. Keadaan trafik pun totally different. Tak ada lagi hon-hon bising. Driver semua tahu guna signal bila nak masuk simpang. Jalan cantik, tak berlubang, dan tak kotor. Pejalan kaki tahu pathway masing-masing. Tak perlu lagi saya elak guna opposite lane nak elak pejalan kaki yang berjalan beriring 3 4 orang.

Ramadhan
Peluang berbuka dengan family itu yang amat mahal dan berharga bagi saya. Lebih-lebih lagi dengan makanan kegemaran. Banyak pilihan makanan berbuka puasa. Tak perlu fikir nak makan lauk apa kat Hobnob, pergi saja ke bazar ramadan. Eh, berterawih di Malaysia lagi seronok. Sehari sebelum puasa, ibu mengajak saya menghadiri satu majlis akad nikah emergency. (Wujudkah term ini?). I said emergency since it could not wait until after Raya, or at least after pengantin perempuan lepas sekolah, or at least lepas exam PMR. Keluarga dan sanak saudara seolah-olah tak pedulikan lagi si pengantin. Marah mereka bukan kepalang. Tapi benda dah jadi. Fetus dah masuk 2 bulan, si ibu pengantin tak mampu menasihati lagi, si bapa pengantin sudah habis marahnya. Mahu atau tak, dalam terpaksa, si pengantin direlakan saja dirinya dinikahkan di usia seawal 15 tahun. Majlis yang serba sederhana dan ringkas dihadiri hanya ibu dan bapa kedua-dua pihak. Ibu suruh saya duduk sebelah pengantin perempuan masa akad. Ya Allah cuaknya saya masa tu, tuhan saja yang tahu. Tak faham kenapa saya yang perlu cuak.

Cuti
Budak-budak sekolah pun baru mula cuti penggal selama seminggu. Adik-adik saya yang still bersekolah semua ada di rumah. Ada jugalah peneman saya di rumah. Kalau tak saya kerja saya hanyalah melepak di depan tv bermalas-malasan dan kadangkala sembang dengan orang jawa.(orang gaji). Apa-apapun kena manfaatkan cuti ni sepenuhnya. 14hb september kena pergi dah.

Buka Puasa
Sangat lama tak jumpa tuk sebelah abah. Rumah tuk pun dah banyak berubah. Tapi tuk masih segar macam selalu. Cuma sakit-sakit tua saja. Sakit lutut. Dah tak mampu nak bergerak jauh, pergi masjid lagi. Badan juga sudah membongkok. Nak mengaji pun dah tak nampak mata. Tapi ingatan tuk masih kuat. Dalam keterbatasan tuk menjalani hidup, setiap kali saya balik, tak teragak-agak tuk terbongkok-bongkok buatkan kuih-kuih favorite saya. 10 minit sekali tanya, kalau-kalau saya haus, nak air tak. Semua benda nak dibuatnya walaupun keadaannya yang makin uzur. Ya Allah, Kau mudahkanlah urusan tuk aku dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Ala kulli haal, saya bersyukur atas nikmat usia dan peluang yang Allah kurniakan pada diri. Ada banyak perkara yang berubah. Manusia juga berubah. Saya juga berubah. Salam Ramadhan semua.

Thursday, August 13, 2009

Road to Malaysia 2009

Sejak 3 hari lepas Manipal agak kecoh dengan kemunculan virus H1N1. Ada beberapa kes yang melibatkan budak MIT college (college berdekatan) yang positive virus tersebut. Penduduk Manipal sudah mula memakai mask. Dan bertebaranlah sms sms amaran swine flu dari masa ke semasa. Ada yang melarang pergi foodcourt, sebab ada seorang pekerja confirm positive. Saya yang baru pulang dari food court tahu berita ni, terasa takut pulak. Widat pun dah cuak. Rupa-rupanya pekerja food court MIT yang terlibat. exclaim Mak saya pun asyik bercerita pasal swine flu 2 3 hari ni. Dah makin serius. Sehingga post ni ditulis dah ada 50 kes kematian. Ya Allah, bala apakah ini?

Esok ada satu lagi paper untuk saya goreng. Tadi dah goreng kaw-kaw paper yang di combine Medicine, OBG dan Surgery. Mana mungkin mampu saya habiskan 3 subjek dalam masa satu hari? Tapi semua orang dah pas, boleh balik. Never mind lah. langue

Terlalu banyak perkara yang kena selesaikan sebelum pulang ini. Mungkin ini post terakhir dari bumi Manipal. confused Esok dah nak potong line internet. Lusa bertolak ke Bangalore, and the next day, I'll be in Malaysia. For good. biggrin Insya Allah. Doakan moga dipermudahkan perjalanan pulang kami.

Wednesday, August 5, 2009

Pelan

Kerana kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan.

Pelan 1
Kelas sepatutnya mula pukul 9.30. Saya tiba OPD 9.35. Tunggu lecturer datang, tak sampai-sampai, bosan dan geram pun ada. Jam 10.30, 3 orang groupmates saya cabut, balik. Pissed off. Sebelum keluar, salah seorang tulis on blackboard 'waited for 1 hour'. Yang tinggal dalam kelas masih berkira-kira nak cabut juga ke tak. Satu demi satu gossip dibuka. Purposely buat bising kot. twisted Mahu saja kami sabotaj beramai-ramai. Bukan sekali keadaan macam ni. Selalu sangat. Selalu fikir nak ponteng ke tak kelas Psychiatry. Isk. 10.45, masuklah lecturer, yang mendakwa dirinya terpaksa mengganti lecturer yang sepatutnya mengajar. Baiklah, mungkin kali ini ada miscommunication. Tapi yang sebelum-sebelum ni? exclaim Kami akan tulis dalam feedback form panjang-panjang akan hal ni. Lepas ni next batch, jangan jadi tak tentu hala macam kami. Eh, dengar cerita batch 21 mungkin takkan ada posting psychiatry. venere

Pelan 2
Since berbaki lagi 8 hari nak ber comprehensive exam, saya sepatutnya study. Tapi percayalah saya tak rasa macam nak study pun. Jiwanya sudah di Malaysia, walaupun jasad di Manipal. Psychiatric disorder manakah ini? Perbualan orang-orang yang seangkatan dengan saya (apabila buku-buku kami juga dah masuk kotak kontenamrgreen) :

Comprehensive exam 30%. The rest from end-posting exam.

Oo.. then, okla, we can calculate how much we should study for this exam.

Yeah, I think for first paper I want to concentrate on Medicine and Surgery, the OBG bolehlah cincai-cincai. Some more my notes on OBG is not really complete.


Haha, me too.. Then for the next paper we can goreng Medical Ethic and Palliative Medicine. See the questions, most of them just required your common sense. razz

Agree, agree. Pediatric pun we can read thru one time.

Okay, done la for this comprehensive exam.

Everyone in the conversation smiled with full of satisfaction. I love you guys. We are always been in the same shoe. Your problems are my problems also. Hehe. This talk sounds nonsense also. Heck, who care? Haha cool At least from this point we're going to start combating our laziness and study betul-betul.

Pelan 3
One of you can go do an examination to this patient, a lot of interesting findings you will see.

Satu fail diletakkan atas meja. Semua berebut nak buat. Tengah kami berebut tentukan siapa yang layak, masuk seorang pesakit yang datang dari wad psychiatry, wad D4!. Ada sesuatu yang penting perlu disampaikan kepada kami katanya. Fine, maka duduklah kami semua dengan tekunnya mendengar apa yang ingin beliau sampaikan. 15 minit juga masa diambil, mengurangkan masa kami nak examine patient yang sepatutnya, dan muka semua orang dah macam nak meletup merah menahan gelak. Semua kena dengar free lecture hari ini. Hehe smileDengan itu, lecture kami terpaksa delay. Isk, ingatkan boleh balik awal hari ini, nak kena settle banyak benda.

Pelan 4
Habis kelas tutorial pagi semalam, around 10.30am, saya, Nina dan Azfar melencong ke ward neurosurgery KMC hospital. Seorang batchmate kami accident, dengan trauma di kepala. He had his surgery last saturday. Cari dekat ICU neurosurgery, tak ada. Masuk bilik satu lagi, kami nampak beliau sedang ditukar bandage. Baru je nak pergi dekat, nurse tak bagi masuk pulak. Katanya bukan waktu melawat, dan suruh kami datang pukul 6.30pm karang. Isk.

Hari ini lepas kelas petang kami berpeluang melawat beliau. Mak dan ayahnya ada sekali, kind of baru beberapa hari sampai dari Malaysia. Tak ada apa yang mampu kami buat, selain sokongan buat dirinya dan keluarga. Sayu bila dengar ayahnya cakap 'you will see them in Melaka soon'. Dan beliau hanya mampu mengangguk. sad

Ya Allah! Tuhan sekelian manusia, hilangkanlah bahaya, sembuhkanlah; Engkaulah Penyembuh tiada kesembuhan kecuali dari Engkau kesembuhan yang tidak diikuti penyakit.

Pelan 5
Saya berkira-kira mahu menjual sebahagian besar barang-barang dalam rumah saya kepada junior. Atau mungkin bagi saja certain stuff. Entah macam mana ada seorang tempe ni asyik telefon saya cakap nak beli household rumah saya. Daripada iron, fan, sampailah baldi plastik dalam toilet pun dia nak. Tempe tersebut masuk rumah kami dan point point nak barang tu barang ni macam dia datang kedai Ikea. Saya rasa macam tauke Ikea pulak. cool

Pelan 6
Weekend yang kedua terakhir di Manipal, saya dan Alia merantau ke Udupi. Cari saree-saree last minute selagi muat kotak. Entah cukup ke tak saree buat family members yang macam satu batalion. Ada satu kedai baru buka, by the name of Wedding Palace. Bigger than Sairam or Silk Hina, and looks more exclusive lah. Adalah beberapa pasang saree yang kami beli.

Seriously bila pergi kedai saree selalu macam tak tahu nak beza mana yang cantik mana yang sesuai. Once you stepped in the shop, the salesgirl or promoter or whatever you called them will ask you what are you looking for. I told her I want saree. She asked, what type? Er, silk?neutral (jawapan bantai) She directed us to the floor of sarees. The other promoter showed layers of sarees with thousands of colors. Rambang mata. Eh, yang ni cantik, yang ni ok gak. Yang tu lagi cantik. Fine, Im not good in choosing sarees. One by one saree ditebar (or buka sepenuhnya dari lipatan). Enough enough, I think Im taking this one, and that one. Simply I picked those sarees since I was screwed. Hehe. Beli saree pun susah nak buat decision.

Dah nak bayar, tiba-tiba promoter tu tanya nak burqa ke tak? (Note: burqa adalah jubah hitam, panggilan orang-orang sini) I want to show you our collections, Im sure you will like it. You are muslim no? Wait, wait and have a sit, please. confused Saya dan Alia macam patung, mata berkelip-kelip tengok burqa yang tak plan langsung nak beli. Tak terfikir kot. See this one, try it. It looks nice on you. Let me put it on you. Okay, model of the day *drum roll* ME! 2 orang pekerja kedai bertungkus-lumus memakaikan saya jubah itu. Beria-ia benar nak saya beli. Lucu pun ada. Saya tanya Alia, okay tak. I thought she will scold me for buying unplanned stuff. Then she said, you make me feel like buying it. ok Erk, sorry. And that afternoon we both bought the unplanned jubah. Selalu macam ni bila shopping. Lain yang dicari lain yang dibeli. Konon sebelum pergi janji tak nak dah benda lain.

Pelan 7
Khamis lepas, junior 24 baru habis exam blok 2.

Kakwa, orang ada kat Udupi lagi ni, lewat sket deh malam ni? Terima kasih sebab nak belanja makan!

Untuk pengetahuan semua, saya ada juniors dari SHAMS kat Manipal. Im so grateful to have them here. Something that I've longed for. Yelah, masa first-first datang Manipal, jealous pulak tengok orang lain ada senior- junior-batchmate sekolah dulu. I dont have one. nohappy Tapi start batch 22, saya jumpa seorang. Batch 23 tak ada. Then, batch 24 ada 2 orang. Suka. biggrin Bukanlah nak buat assabiyyah pulak, tapi bila jumpa orang sekampung ni, seronoknya lain. Dahlah lama tak praktis cakap ganu. Hanya dengan mereka saya mampu bertutur sepekat-pekatnya bahasa daerah kami yang hanya kami yang faham. LOL. Dinner yang serba ringkas berlaku di Dollop, dan disitu kami berkongsi cerita, catch-up on lots lots of things in a very limited time. Sungguhpun belajar satu MMMC, tapi kalau tak ada usaha nak duduk satu halaqah, tak mungkin kami boleh berinteraksi sebegini. Selamat meneruskan perjuangan di Manipal adik-adikku. wink

Finally a sms enter my inbox saying that they'd reach Malaysia. Alhamdulillah.

Penutup
Malam ni 14 syaaban. Tengok langit, cerah, bulan penuh. After this I will see the same moon from the other side of this earth. Insya Allah. Esok nisfu syaaban. Ya Allah Ramadhan dah nak dekat rupa-rupanya. Macam baru je lepas previous Ramadhan. Cepat kan, masa berlalu. Ahlan ya Ramadhan Kariim.

Sunday, July 26, 2009

The Path Of Being A Good Person

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.
Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka keseronokkan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.
- Saidina Ali Bin Abi Talib-

Minggu ini adalah minggu terakhir Huluran Kasih buat program di rumah anak yatim. Dan saya tak pergi. Terasa kurang mood dan kurang tenaga minggu ini. Sudahlah weekend lepas saya demam. Teringat minggu-minggu lepas ketika melawat rumah orphanage, mengajar dan memberi sedikit kegembiraan pada hati-hati kecil itu:

Okay, I have to go now. Be a good boy ok! smile

Bila saya lambai bye-bye kepada mereka, ada sedikit perubahan pada wajah mereka. Kelat. Pahit. Macam menahan sedih. Tak nak pandang saya dah. Tertunduk.

Will you come next week? Dengan mata yang berkaca-kaca penuh harapan.

Soalan dari mereka, yang saya harap saya boleh jawab "Yes" dengan sebenar-benarnya.

Saya harap junior-junior lepas ni, boleh buat yang lagi baik dari apa yang sudah kami lakukan setakat ni. Bantulah mereka yang sedikit tak bernasib baik ni. Luangkanlah sedikit masa dengan mereka. Memang tak dinafikan penat, pagi ada kelas, banyak kerja, etc etc. Tapi itulah lumrah kehidupan, bila nak buat benda baik selalu rasa macam susah. 1001 reasons come out.

Pesanan pakcik yang jaga orphans: The path of being a good person is not when you do a big good deed, then you will become a very good person. To be a good person, you should start from small small things. Go on this small things until you reach my age. That time if you keep on doing this small good deeds, then sure you are a good person.

Maknanya, bila nak buat perkara baik, tak semestinya yang besar-besar di pandang mata. Kalau kecil tapi istiqamah itu lagi manis. Terasa kagum dengan sahabat-sahabat yang tak pernah mengenal jerih payah, penat mentarbiyyah, menolong, menjaga dan membentuk sahsiah sahabat-sahabat yang lain. Jemu, jelak, sakit hati, tuhan saja yang tahu perasaan tu. Ya Allah kuatkanlah mereka, berikanlah mereka kekuatan. Amin

Bila saya di remind kan Shi San tadi ada lagi 18 hari sebelum balik Malaysia, saya teringat beberapa fenomena aneh lagi pelik dan meng confuse kan yang berlaku di Manipal sejak akhir-akhir ni. Fenomena orang-orang Malaysia yang dah jadi macam tempe. Im not saying that untuk mengata, tapi itu yang saya rasa. If I dont know who you are before, I would say that, you are a part of tempe community who tried to become attractive yet having that tempe beauty.yondaime

Rasanya last weekend adalah kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Mangalore for shopping. Bukan shopping sangat pun, more like to explore that Sizzler Ranch yang diuar-uarkan budak-budak ni. Sizzlers yang memang sedap, tak rugi bayar mahal-mahal. Hehe. I went there with Alia and Sherina. Asalnya nak tengok Harry Potter. Tapi ada sedikit circumstances, tak jadi. Oh, lately banyak orang kat Manipal sakit-sakit. I mean demam, selsema dan batuk yang sangat cepat ter spread di kalangan budak-budak 20. Pesanan abah, nanti nak fly kalau rasa nak demam baik makan ubat siap-siap, karang sampai Malaysia kena kuarantin pulak.

Friday, July 10, 2009

Kerana Sudah Lama Aku Nantikan Untuk Itu

Pada saya, adalah satu perasaan normal untuk berasa janggal dengan sesuatu perkara yang dah sangat lama tak buat atau ditinggalkan. Selalu fikir kalaulah boleh balik ke masa tu semula. Mungkin lebih tepat untuk diterjemah sebagai rasa RINDU. Masa yang sangat-sangat dinantikan. Satu rindu yang dah lama sangat dipendam. Hanya hati yang sama-sama pernah merasa faham akan perasaan ni. Itulah rasa saya sekarang.

Sudah lama saya tak dengar azan berkumandang each time masuk waktu sembahyang. Nampak orang-orang berkopiah putih masuk masjid. Oh, rindu tengok orang pakai kopiah putih, berbaju melayu, berkain pelikat (kain sarung). neutral Setahun lamanya saya tak pergi bazar Ramadan, cari murtabak, putu bambu, air soya atau air tebu. Petang ramadan, pulas buah nyiur muda(kelapa) yang pokok rendang belakang rumah. Air nyiur dan isinya di extract buat coconut shake. Nyalakan arang, bakar ikan tepi rumah. Malam lepas ber tarawih abah bawak minum-minum kat warung tepi pantai. Sejuk, nyaman lebih-lebih lagi malam Ramadan. Bila waktu sahur, kalau lambat nak bangun siaplah kepala kena hempuk dengan bantal oleh adik saya yang paling kecil lagi energetic. wink

Tiba hujung minggu, balik kampung belah abah, buka puasa dengan tuk dan tokki. Makan nekbat, akok, puteri mandi tuk buat. Hujung minggu seterusnya balik kampung ibu, buka puasa sana pulak. Dekat-dekat nak raya, mula buat kuih raya. Malam raya paling sibuk kipas sate, sembang, catch-up dengan saudara-mara, bakar mercun, bunga api. Then, there goes 1 Syawal. Berlumba pergi masjid awal sebab nak saf depan. Saf belakang nanti tak khusyuk sangat budak-budak ramai. Cium tangan abah, ibu pagi raya.sad Gosh! I miss those moments so much. It have been 2 years.

Semua sejarah ini saya expect untuk saya lalui lagi tahun ini since dah balik Malaysia for good. But there's something that is really 'good' just happened. It was so good that it grabbed all my moods today. Tak semangat langsung nak belajar.


I've been waiting for so long
For the miracle to come
Everyone told me to be strong
Hold on and don't shed a tear

-A New Day Has Come by Celine Dion-


Cuti yang hanya sebulan terpaksa dipendekkan. We supposed to register on 24th September or somewhere around that. Means we supposed to have a month and plus plus days of holiday. But, since the H1N1 epidemic in Malaysia is suspected to have a high peak of attack on mid of August, a lot of things in Melaka campus must be postponed and rescheduled. So we, the so-called-the-energetic-batch-20 (as said by orang-orang tinggi MMMC) must register earlier than that, that is... before Hari Raya, reducing our precious days of holiday. Okay, cuti tak sampai sebulan.cool

The proposed date is either on 7th or 14th of September. Sure we want the latter. But then, when THE MAN said that our Hari Raya holiday for this year is only 2 days, I was like petrified. Not that I was happy. It was another way around. Apekah? Bukan tak bersyukur punya nikmat raya yang 2 hari itu. Tapi mampukah ianya menggantikan air mata yang dah 2 tahun tak raya dengan cara biasa? It is something that I've waited for so long. Something that I've looking forward patiently before. Plus, patutkah mereka menyeksa penduduk bukan Melaka macam saya untuk mulakan journey on malam raya ke-2 (paling lambat) all the way from Terengganu? God knows how tired it was to have a very long journey. And oh, they said they expect a 100% attendance from us in Melaka campus. Are they trying to abuse our mind?

Sadistically, when it comes to voting moment, the 14th September won. Bertambah sebak saya. cry Im not sure if this date have been confirmed or not. Kalau betullah 14th kena register, 5 days kat Melaka, then penduduk bukan Melaka macam saya terpaksalah terkedek-kedek cari tiket balik kampung lagi (kalau masih ada) untuk beraya sehari saja. Raya kedua dah kena start journey ulang balik Melaka. Ingat sai'e dari Safa ke Marwah ke? Ulang alik Terengganu-Melaka-Terengganu-Melaka. Tambang tiket bukan free. Penat tu tak usah cerita.

Lama juga saya ambil masa fikir ayat macam mana nak bagitahu ibu akan hal ini. Saya cakap saya balik ni cuti sebulan je. Ibu dah cakap, sekejap sangat. Mahu bagitahu cuti pendek itu satu hal. Ulang-alik dalam tempoh pendek itu satu hal. Lagi tak sampai hati nak cakap raya sehari je. sad Bukan saja saya yang nantikan raya tahun ni. Ibu abah pun.

Akhirnya saya cakap rasa gundah ni kat abah. Dengan cool nya abah jawab. ' La.. takpelah dah sampai Malaysia pun. Tak susah dah. Kalau susah kat India tu memang betul-betul susah nak usaha tolong. Kalau setakat kat Malaysia ni takde masalah abah pun boleh je nak hantar berpuluh kali pun takpe, bila-bila masa, tak kira la hari raya pun. Abah tak kisah.'

That's it. Abah yang tak pernah nak berhenti dari menyusahkan dirinya untuk anak-anak. Ah, our perfect moment have been stolen again!

Wednesday, July 1, 2009

Apa Boleh Buat..

Today is my first medicine posting in my life. (1st july, take notes!) So, typically on the first day, there'll be an introductory class, the overview of what will happen for the next 3 weeks of this posting. Arriving Karkala at 10.15 am, waiting for lecturer to come, I fell asleep at a corner with Valerie. The tiring journey was just psychologically made me feel sleepy, plus with that bas safari ride, in addition to the weather factor that is mendung dan sejuk sejuk nyaman.cool Dr Shashikiran appeared around 11.30am and started the class. My first impression when I saw him stepped into the class : Eh, macam abah. Rindu kat abah.neutral His appearance remind me of my abah. Not that his face looks like my abah, but maybe his beard and misai remind me of abah. Okay, dah lama saya tak balik rumah, muka orang lain pun dah nampak macam muka family sendiri. Apa boleh buat.

Surprisingly today I had to present the case of a lady who came with a complaint of shooting (or tingling kah?) pain sensation on her left half of the body from head to toe. Its not my turn yet to present the case, but it happened that Dr Shashikiran want to hear the case. Dengan segala ilmu yang memang sangat-sangat barely basic, saya dan 2 orang lagi rakan, bertungkus-lumus bersoal-jawab semasa case presentation. narutoAlhamdulillah he liked the presentation eventhough our guessing on the diagnose of that patient was far far away deviated. Confidently we said that the lady had diabetic neuropathy with those symptoms. Hehe. Simply put. But actually that lady has some specific defect in her parietal lobe of brain, the sensory part. It is a very rare case where we could hardly come across it in our lifetime and of course it is very hard to see if you are in the first day in medicine posting. smileWhat a lucky a batch. Bak kata Dr Shashikiran. Tak sampai hati saya tengok muka makcik tu menahan sakit. I wish I could do something. Tapi itulah, tak ada apa yang boleh dibuat selain urut-urut lengan bagi mengurangkan sakit beliau.


Life is always like that. There's a time when we have to face a very critical condition, and we dont have much options, but still we have to make a decision. The decision that is fair and square for everyone. Bukanlah bermaksud untuk memandang remeh kepada sesetengah perkara, apatah lagi buat-buat tak nampak akan perkara yang sememangnya terzahir. We need to think rationally, taking the opinion from everyone's side, avoiding selfishness. Putting ourselves in everyone's shoes. Cuba untuk memahami. Even so, people still talking about the wrong decision we'd make. I started to ponder what if it goes to another way around? Will we see this much of satisfaction from most of the people? I think there's no demarcation of which option is right, or which one is wrong, or slightly right and slightly wrong? Some matter always remain subjective, depending upon the way a person perceived it. After all, we are only human. Tak maksum. Tak boleh lawan adilnya yang Maha Adil. We do mistakes in our very best consideration. Apa boleh buat.

Ala kulli haal, dalam setiap perkara, cubalah buat yang terbaik mengikut kesesuaian suasana semasa. Bukan berlagak baik. Kalaupun tak mampu jadi yang terbaik untuk orang lain, sekurang-kurangnya diri kita sediri dah iktiraf yang kita sudah melakukan sebaik mungkin. Teringat saya pesanan someone yang saya pun dah lupa siapa. Bunyinya lebih kurang:

Jadilah pelari pecut, ketika memecut tak menoleh ke belakang. Jadilah pelari jarak jauh, mengekori kemudian memotong di saat akhir. Buat dan ciptalah rekod peribadi. Moga rekod itu sebenarnya rekod kebangsaan atau dunia. biggrin

Tuesday, June 30, 2009

Across the Sea

Untuk posting surgery kali ini, end posting exam berbentuk MCQ questions dan viva. Hari Isnin MCQ paper, 30 questions without negative marking, dengan soalan yang sangat straight forward tapi pilihan jawapan sangat confusing. Ok, done with that. Pagi tadi viva selama kira-kira 10 minit tak banyak soalan surgery, tapi anatomy pula disoal banyak. Tapi jangan risau jika anda screwed up, anda akan di bagi hint sehingga dapat jawab. biggrin Asah balik ilmu-ilmu first dan second year.

You have jump into the sea, you see the shore, you cannot turn back. What to do? Just keep on swimming. Life goes on.

Pesanan dari Dr Santosh Pai semasa viva. The only posting yang saya tak pernah dengar orang cakap tak best. Semua yang dah pernah pergi posting surgery akui inilah posting yang paling seronok. Subjek yang menarik plus lecturer yang sangat best. Siapa yang tak kenal Dr Santosh Pai. The only lecturer in surgery posting. (I never seen other lecturers) Even if he's not around, nobody will replace his class. Dan akan ada tinggalan SDL (self directed learning) tinggalan beliau yang perlu di study.mrgreen Dari lecture hall, kelas clinical pagi dan tutorial petang, only him yang handle. Going to miss this Manipal posting.

The girls from group F with Dr Santosh Pai

The men


6 weeks to go. Countdown for returning Malaysia for good. Esok start posting ke 5 dari 6.(Karkala posting again. *sigh*)pfff Kotak-kotak sudah sedia untuk terisi bagi penghantaran melalui kapal laut. Buku-buku untuk semester seterusnya yang ditempah juga sudah sampai. Motor-motor sudah ada orang booking. Rumah sudah ada penyewa. Tunggu masa sahaja. victoire

Gambar yang meng jealous kan


Buat orang-orang Malaysia yang sedang enak bercuti panjang. Selamat menghabiskan sisa-sisa baki cuti anda. All the best for your coming new semester. Seriously jealous tengok gambar rehlah sebelah Masjid Terapung tu. Sampai hati. Girls, I miss you all. smile Rindu angin Laut China Selatan jugak.

Picture taken during Supremo Games 2009. 3 teams futsal terbentuk dari girls batch 20. Kumpulan Bole Blah!, Ko Nak Mampus, and Bimbo. Can you imagine how fun it is to be in this 5th sem? Lepas ni balik Melaka tak boleh main-main dah. Must seriously go back to study.

Buat batch 20, selamat menikmati hari-hari terakhir di Manipal.