Dah lama stay rumah sewa, bila balik-balik sini, stay hostel, terasa asing dan sunyi pulak. Bilik single, with air cond, dan saya yang senang nak tidur selalu je rasa mengantuk, kuat sungguh dugaan. Sekali sekala terasa macam back to schooling era. Yelah, medical school pun sekolah jugak.
Frequently asked question: how’s life in Melaka?
Hargailah Manipal seadanya. Walaupun posting Karkala itu meletihkan, tapi proses pembelajaran itu sungguh menyeronokkan. Doktor-doktor yang sangat baik, tak bagi assignment pelik-pelik dengan jumlah yang banyak dalam waktu yang singkat, tak ada presentation hari-hari, tak ada kelas yang gabung dengan senior, tak ada test kecil-kecilan setiap minggu ke 2 posting, dan tak ada kes kena datang kelas hari sabtu sebab tak study dulu topik yang akan diajar.

Saya tak rasa amount makanan yang saya ambil untuk setiap meal itu banyak. Tapi selepas di sound oleh makcik kedai makan, yang mengatakan bahawa saya makan banyak, buat saya terfikir akan calories intake yang sepatutnya. Mungkin masa kat Manipal, dah standard satu meal tu sangatlah banyak. Dah terbiasa makan banyak. Terbawa balik habit kat sini pula. Prinsip dah lama tak makan sedap, tak habis lagi kot.
Currently sedang dalam posting O&G (obstetric and gynaecology). Macam tak faham system belajar macam mana. Tiba-tiba belajar PIH, GDM, Fibroid, Endometrial Carcinoma. Ingatkan masih sambung perihal normal condition lagi dengan lagi detail. Pening jap. Tapi the latest lecturer who came from India memang best. At the end of her class she said : Okay guys, tomorrow we will meet again at the same time and the same place. Neena continued : But different topics…
Nak, sampai simpang depan tu, belok kanan lepas tu tegak je. Berkerut jap, makcik ni cakap ‘tegak’ ke? Beberapa minit kemudian, barulah saya dapat, maksudnya ‘straight’. Isk, kadang-kadang terasa tanahair sendiri ni asing. Orang Terengganu tak pernah guna word tegak rasanya. Hehe
Ada satu lagi perkara yang buat saya kekok. Bila ada makcik yang sangat-sangatlah baik dan memang dah tunjuk rasa sayang sangat-sangat kat kita, saya pulak dirundum rasa bersalah. Sebab tak mampu nak jadi motherly macam dia. Bila disuruh tukar panggilan selama ni instead of makcik to ibu, serba-salah saya nak sebut. Teringat ibu di rumah. Susah jugak lidah nak terluah title termahal itu kepada orang lain. Janggal.
Dari satu stage ke satu stage, hidup berubah. Environment berubah. Kita pun terpaksa berubah dan cuba adapt dengan perubahan semasa dengan menjadi diri kita. Ada sesetengah perubahan yang tak mampu saya terima, cuba saya terima sedikit demi sedikit. Balik ke tempat sendiri, tempat dimana pernah saya jatuh, bangun kembali. Sekali sekala yang pahit itu datang, buat diri terasa sayu seketika. Terlupa yang diri sebenarnya di assess setiap masa. Ada yang lebih hebat untuk mengadu rasa hati. Mengadu dan berdoalah sentiasa kepada Allah. La yukalllifullah nafsan illa wus’aha. (Allah tak bebankan seseorang itu kecuali dengan kemampuannya)
No comments:
Post a Comment