Friday, July 10, 2009

Kerana Sudah Lama Aku Nantikan Untuk Itu

Pada saya, adalah satu perasaan normal untuk berasa janggal dengan sesuatu perkara yang dah sangat lama tak buat atau ditinggalkan. Selalu fikir kalaulah boleh balik ke masa tu semula. Mungkin lebih tepat untuk diterjemah sebagai rasa RINDU. Masa yang sangat-sangat dinantikan. Satu rindu yang dah lama sangat dipendam. Hanya hati yang sama-sama pernah merasa faham akan perasaan ni. Itulah rasa saya sekarang.

Sudah lama saya tak dengar azan berkumandang each time masuk waktu sembahyang. Nampak orang-orang berkopiah putih masuk masjid. Oh, rindu tengok orang pakai kopiah putih, berbaju melayu, berkain pelikat (kain sarung). neutral Setahun lamanya saya tak pergi bazar Ramadan, cari murtabak, putu bambu, air soya atau air tebu. Petang ramadan, pulas buah nyiur muda(kelapa) yang pokok rendang belakang rumah. Air nyiur dan isinya di extract buat coconut shake. Nyalakan arang, bakar ikan tepi rumah. Malam lepas ber tarawih abah bawak minum-minum kat warung tepi pantai. Sejuk, nyaman lebih-lebih lagi malam Ramadan. Bila waktu sahur, kalau lambat nak bangun siaplah kepala kena hempuk dengan bantal oleh adik saya yang paling kecil lagi energetic. wink

Tiba hujung minggu, balik kampung belah abah, buka puasa dengan tuk dan tokki. Makan nekbat, akok, puteri mandi tuk buat. Hujung minggu seterusnya balik kampung ibu, buka puasa sana pulak. Dekat-dekat nak raya, mula buat kuih raya. Malam raya paling sibuk kipas sate, sembang, catch-up dengan saudara-mara, bakar mercun, bunga api. Then, there goes 1 Syawal. Berlumba pergi masjid awal sebab nak saf depan. Saf belakang nanti tak khusyuk sangat budak-budak ramai. Cium tangan abah, ibu pagi raya.sad Gosh! I miss those moments so much. It have been 2 years.

Semua sejarah ini saya expect untuk saya lalui lagi tahun ini since dah balik Malaysia for good. But there's something that is really 'good' just happened. It was so good that it grabbed all my moods today. Tak semangat langsung nak belajar.


I've been waiting for so long
For the miracle to come
Everyone told me to be strong
Hold on and don't shed a tear

-A New Day Has Come by Celine Dion-


Cuti yang hanya sebulan terpaksa dipendekkan. We supposed to register on 24th September or somewhere around that. Means we supposed to have a month and plus plus days of holiday. But, since the H1N1 epidemic in Malaysia is suspected to have a high peak of attack on mid of August, a lot of things in Melaka campus must be postponed and rescheduled. So we, the so-called-the-energetic-batch-20 (as said by orang-orang tinggi MMMC) must register earlier than that, that is... before Hari Raya, reducing our precious days of holiday. Okay, cuti tak sampai sebulan.cool

The proposed date is either on 7th or 14th of September. Sure we want the latter. But then, when THE MAN said that our Hari Raya holiday for this year is only 2 days, I was like petrified. Not that I was happy. It was another way around. Apekah? Bukan tak bersyukur punya nikmat raya yang 2 hari itu. Tapi mampukah ianya menggantikan air mata yang dah 2 tahun tak raya dengan cara biasa? It is something that I've waited for so long. Something that I've looking forward patiently before. Plus, patutkah mereka menyeksa penduduk bukan Melaka macam saya untuk mulakan journey on malam raya ke-2 (paling lambat) all the way from Terengganu? God knows how tired it was to have a very long journey. And oh, they said they expect a 100% attendance from us in Melaka campus. Are they trying to abuse our mind?

Sadistically, when it comes to voting moment, the 14th September won. Bertambah sebak saya. cry Im not sure if this date have been confirmed or not. Kalau betullah 14th kena register, 5 days kat Melaka, then penduduk bukan Melaka macam saya terpaksalah terkedek-kedek cari tiket balik kampung lagi (kalau masih ada) untuk beraya sehari saja. Raya kedua dah kena start journey ulang balik Melaka. Ingat sai'e dari Safa ke Marwah ke? Ulang alik Terengganu-Melaka-Terengganu-Melaka. Tambang tiket bukan free. Penat tu tak usah cerita.

Lama juga saya ambil masa fikir ayat macam mana nak bagitahu ibu akan hal ini. Saya cakap saya balik ni cuti sebulan je. Ibu dah cakap, sekejap sangat. Mahu bagitahu cuti pendek itu satu hal. Ulang-alik dalam tempoh pendek itu satu hal. Lagi tak sampai hati nak cakap raya sehari je. sad Bukan saja saya yang nantikan raya tahun ni. Ibu abah pun.

Akhirnya saya cakap rasa gundah ni kat abah. Dengan cool nya abah jawab. ' La.. takpelah dah sampai Malaysia pun. Tak susah dah. Kalau susah kat India tu memang betul-betul susah nak usaha tolong. Kalau setakat kat Malaysia ni takde masalah abah pun boleh je nak hantar berpuluh kali pun takpe, bila-bila masa, tak kira la hari raya pun. Abah tak kisah.'

That's it. Abah yang tak pernah nak berhenti dari menyusahkan dirinya untuk anak-anak. Ah, our perfect moment have been stolen again!

2 comments:

omio said...

huhuhu!!!!wa!!!!aku banjir lagi tyme bce post nih!!

kite sekapal wa....huhuhuhu T_T

Adilah said...

owh wa..at least mu bleh beraye kat msia..n aku first time disini..n umah aku tggl 2org je time raye ni...
but cite bestnye,kami cuti raye 2minggu!! seb baik same ngan cuti mid sem.heeeeee