Wednesday, August 5, 2009

Pelan

Kerana kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan.

Pelan 1
Kelas sepatutnya mula pukul 9.30. Saya tiba OPD 9.35. Tunggu lecturer datang, tak sampai-sampai, bosan dan geram pun ada. Jam 10.30, 3 orang groupmates saya cabut, balik. Pissed off. Sebelum keluar, salah seorang tulis on blackboard 'waited for 1 hour'. Yang tinggal dalam kelas masih berkira-kira nak cabut juga ke tak. Satu demi satu gossip dibuka. Purposely buat bising kot. twisted Mahu saja kami sabotaj beramai-ramai. Bukan sekali keadaan macam ni. Selalu sangat. Selalu fikir nak ponteng ke tak kelas Psychiatry. Isk. 10.45, masuklah lecturer, yang mendakwa dirinya terpaksa mengganti lecturer yang sepatutnya mengajar. Baiklah, mungkin kali ini ada miscommunication. Tapi yang sebelum-sebelum ni? exclaim Kami akan tulis dalam feedback form panjang-panjang akan hal ni. Lepas ni next batch, jangan jadi tak tentu hala macam kami. Eh, dengar cerita batch 21 mungkin takkan ada posting psychiatry. venere

Pelan 2
Since berbaki lagi 8 hari nak ber comprehensive exam, saya sepatutnya study. Tapi percayalah saya tak rasa macam nak study pun. Jiwanya sudah di Malaysia, walaupun jasad di Manipal. Psychiatric disorder manakah ini? Perbualan orang-orang yang seangkatan dengan saya (apabila buku-buku kami juga dah masuk kotak kontenamrgreen) :

Comprehensive exam 30%. The rest from end-posting exam.

Oo.. then, okla, we can calculate how much we should study for this exam.

Yeah, I think for first paper I want to concentrate on Medicine and Surgery, the OBG bolehlah cincai-cincai. Some more my notes on OBG is not really complete.


Haha, me too.. Then for the next paper we can goreng Medical Ethic and Palliative Medicine. See the questions, most of them just required your common sense. razz

Agree, agree. Pediatric pun we can read thru one time.

Okay, done la for this comprehensive exam.

Everyone in the conversation smiled with full of satisfaction. I love you guys. We are always been in the same shoe. Your problems are my problems also. Hehe. This talk sounds nonsense also. Heck, who care? Haha cool At least from this point we're going to start combating our laziness and study betul-betul.

Pelan 3
One of you can go do an examination to this patient, a lot of interesting findings you will see.

Satu fail diletakkan atas meja. Semua berebut nak buat. Tengah kami berebut tentukan siapa yang layak, masuk seorang pesakit yang datang dari wad psychiatry, wad D4!. Ada sesuatu yang penting perlu disampaikan kepada kami katanya. Fine, maka duduklah kami semua dengan tekunnya mendengar apa yang ingin beliau sampaikan. 15 minit juga masa diambil, mengurangkan masa kami nak examine patient yang sepatutnya, dan muka semua orang dah macam nak meletup merah menahan gelak. Semua kena dengar free lecture hari ini. Hehe smileDengan itu, lecture kami terpaksa delay. Isk, ingatkan boleh balik awal hari ini, nak kena settle banyak benda.

Pelan 4
Habis kelas tutorial pagi semalam, around 10.30am, saya, Nina dan Azfar melencong ke ward neurosurgery KMC hospital. Seorang batchmate kami accident, dengan trauma di kepala. He had his surgery last saturday. Cari dekat ICU neurosurgery, tak ada. Masuk bilik satu lagi, kami nampak beliau sedang ditukar bandage. Baru je nak pergi dekat, nurse tak bagi masuk pulak. Katanya bukan waktu melawat, dan suruh kami datang pukul 6.30pm karang. Isk.

Hari ini lepas kelas petang kami berpeluang melawat beliau. Mak dan ayahnya ada sekali, kind of baru beberapa hari sampai dari Malaysia. Tak ada apa yang mampu kami buat, selain sokongan buat dirinya dan keluarga. Sayu bila dengar ayahnya cakap 'you will see them in Melaka soon'. Dan beliau hanya mampu mengangguk. sad

Ya Allah! Tuhan sekelian manusia, hilangkanlah bahaya, sembuhkanlah; Engkaulah Penyembuh tiada kesembuhan kecuali dari Engkau kesembuhan yang tidak diikuti penyakit.

Pelan 5
Saya berkira-kira mahu menjual sebahagian besar barang-barang dalam rumah saya kepada junior. Atau mungkin bagi saja certain stuff. Entah macam mana ada seorang tempe ni asyik telefon saya cakap nak beli household rumah saya. Daripada iron, fan, sampailah baldi plastik dalam toilet pun dia nak. Tempe tersebut masuk rumah kami dan point point nak barang tu barang ni macam dia datang kedai Ikea. Saya rasa macam tauke Ikea pulak. cool

Pelan 6
Weekend yang kedua terakhir di Manipal, saya dan Alia merantau ke Udupi. Cari saree-saree last minute selagi muat kotak. Entah cukup ke tak saree buat family members yang macam satu batalion. Ada satu kedai baru buka, by the name of Wedding Palace. Bigger than Sairam or Silk Hina, and looks more exclusive lah. Adalah beberapa pasang saree yang kami beli.

Seriously bila pergi kedai saree selalu macam tak tahu nak beza mana yang cantik mana yang sesuai. Once you stepped in the shop, the salesgirl or promoter or whatever you called them will ask you what are you looking for. I told her I want saree. She asked, what type? Er, silk?neutral (jawapan bantai) She directed us to the floor of sarees. The other promoter showed layers of sarees with thousands of colors. Rambang mata. Eh, yang ni cantik, yang ni ok gak. Yang tu lagi cantik. Fine, Im not good in choosing sarees. One by one saree ditebar (or buka sepenuhnya dari lipatan). Enough enough, I think Im taking this one, and that one. Simply I picked those sarees since I was screwed. Hehe. Beli saree pun susah nak buat decision.

Dah nak bayar, tiba-tiba promoter tu tanya nak burqa ke tak? (Note: burqa adalah jubah hitam, panggilan orang-orang sini) I want to show you our collections, Im sure you will like it. You are muslim no? Wait, wait and have a sit, please. confused Saya dan Alia macam patung, mata berkelip-kelip tengok burqa yang tak plan langsung nak beli. Tak terfikir kot. See this one, try it. It looks nice on you. Let me put it on you. Okay, model of the day *drum roll* ME! 2 orang pekerja kedai bertungkus-lumus memakaikan saya jubah itu. Beria-ia benar nak saya beli. Lucu pun ada. Saya tanya Alia, okay tak. I thought she will scold me for buying unplanned stuff. Then she said, you make me feel like buying it. ok Erk, sorry. And that afternoon we both bought the unplanned jubah. Selalu macam ni bila shopping. Lain yang dicari lain yang dibeli. Konon sebelum pergi janji tak nak dah benda lain.

Pelan 7
Khamis lepas, junior 24 baru habis exam blok 2.

Kakwa, orang ada kat Udupi lagi ni, lewat sket deh malam ni? Terima kasih sebab nak belanja makan!

Untuk pengetahuan semua, saya ada juniors dari SHAMS kat Manipal. Im so grateful to have them here. Something that I've longed for. Yelah, masa first-first datang Manipal, jealous pulak tengok orang lain ada senior- junior-batchmate sekolah dulu. I dont have one. nohappy Tapi start batch 22, saya jumpa seorang. Batch 23 tak ada. Then, batch 24 ada 2 orang. Suka. biggrin Bukanlah nak buat assabiyyah pulak, tapi bila jumpa orang sekampung ni, seronoknya lain. Dahlah lama tak praktis cakap ganu. Hanya dengan mereka saya mampu bertutur sepekat-pekatnya bahasa daerah kami yang hanya kami yang faham. LOL. Dinner yang serba ringkas berlaku di Dollop, dan disitu kami berkongsi cerita, catch-up on lots lots of things in a very limited time. Sungguhpun belajar satu MMMC, tapi kalau tak ada usaha nak duduk satu halaqah, tak mungkin kami boleh berinteraksi sebegini. Selamat meneruskan perjuangan di Manipal adik-adikku. wink

Finally a sms enter my inbox saying that they'd reach Malaysia. Alhamdulillah.

Penutup
Malam ni 14 syaaban. Tengok langit, cerah, bulan penuh. After this I will see the same moon from the other side of this earth. Insya Allah. Esok nisfu syaaban. Ya Allah Ramadhan dah nak dekat rupa-rupanya. Macam baru je lepas previous Ramadhan. Cepat kan, masa berlalu. Ahlan ya Ramadhan Kariim.

No comments: