Lain benar rasanya atmosfera Malaysia lepas setahun tak balik. Memang banyak perubahan. PM dah lain. Wawasan terbaru negara adalah Satu Malaysia. (Eh sebelum ni Malaysia tak satu ke? Terfikir jap). Kira-kira jam 3.30 pagi waktu Malaysia, flight dari Bangalore, India berlepas ke bumi bertuah Malaysia. Sampai KLIA, terasa macam tak betul, tak cukup tidur, letih, jetlag, etc etc. Ibu datang jemput dari airport, bersarapan nasi lemak, terus ke Traders Hotel, Ampang since ibu abah dah stay sana that night. (Abah kebetulan ada function) Alhamdulillah selamat sampai.
Kuala Lumpur
Saya tak pasti bila last time saya jejakkan kaki di bandar KL. Lama gila kot. Masa sebelum fly, buat visa di kedutaan India kah? Hampir 3 tahun kot. Yang pastinya tak ada lagi pemandangan tempe-tempe yang crowded lagi merimaskan macam Manipal. Hehe. Tak lama saya merayau-rayau , tak larat, tak cukup kredit tidur. Since my mum and dad went out for dinner at KL Convention Centre, saya ajak adik saya jalan-jalan cari makan kat KLCC yang hanya sebelah hotel. Tapi disebabkan sangat malas nak jalan, kami naik perkhidmatan kereta golf yang angkut penginap hotel ke KLCC back and forth. (If Sera knows this, she will say 'pemalas punye wa!') Its good to be home, not home yet la, to be in your country. To see the Malaysian faces, to eat your food, to speak your mother tongue, to behave like your own nation, to appreciate hati budi rakyat Malaysia, to read your own newspaper in your very own language, to see Malaysian attire, is to say that, I miss Malaysia very much. Manipal teruk sangat kah sampai saya jadi se psycho ni? hehe
Terengganu
Akok, kuih bakar, pengat pisang, keropok lekor, nasi dagang, otak-otak, sata, etc do taste better than I ever remember. Jadi driver seminggu ni, dah banyak kali juga sesat, silap lorong, tertukar bangunan, etc. Banyak sangat perubahan. Keadaan trafik pun totally different. Tak ada lagi hon-hon bising. Driver semua tahu guna signal bila nak masuk simpang. Jalan cantik, tak berlubang, dan tak kotor. Pejalan kaki tahu pathway masing-masing. Tak perlu lagi saya elak guna opposite lane nak elak pejalan kaki yang berjalan beriring 3 4 orang.
Ramadhan
Peluang berbuka dengan family itu yang amat mahal dan berharga bagi saya. Lebih-lebih lagi dengan makanan kegemaran. Banyak pilihan makanan berbuka puasa. Tak perlu fikir nak makan lauk apa kat Hobnob, pergi saja ke bazar ramadan. Eh, berterawih di Malaysia lagi seronok. Sehari sebelum puasa, ibu mengajak saya menghadiri satu majlis akad nikah emergency. (Wujudkah term ini?). I said emergency since it could not wait until after Raya, or at least after pengantin perempuan lepas sekolah, or at least lepas exam PMR. Keluarga dan sanak saudara seolah-olah tak pedulikan lagi si pengantin. Marah mereka bukan kepalang. Tapi benda dah jadi. Fetus dah masuk 2 bulan, si ibu pengantin tak mampu menasihati lagi, si bapa pengantin sudah habis marahnya. Mahu atau tak, dalam terpaksa, si pengantin direlakan saja dirinya dinikahkan di usia seawal 15 tahun. Majlis yang serba sederhana dan ringkas dihadiri hanya ibu dan bapa kedua-dua pihak. Ibu suruh saya duduk sebelah pengantin perempuan masa akad. Ya Allah cuaknya saya masa tu, tuhan saja yang tahu. Tak faham kenapa saya yang perlu cuak.
Cuti
Budak-budak sekolah pun baru mula cuti penggal selama seminggu. Adik-adik saya yang still bersekolah semua ada di rumah. Ada jugalah peneman saya di rumah. Kalau tak saya kerja saya hanyalah melepak di depan tv bermalas-malasan dan kadangkala sembang dengan orang jawa.(orang gaji). Apa-apapun kena manfaatkan cuti ni sepenuhnya. 14hb september kena pergi dah.
Buka Puasa
Sangat lama tak jumpa tuk sebelah abah. Rumah tuk pun dah banyak berubah. Tapi tuk masih segar macam selalu. Cuma sakit-sakit tua saja. Sakit lutut. Dah tak mampu nak bergerak jauh, pergi masjid lagi. Badan juga sudah membongkok. Nak mengaji pun dah tak nampak mata. Tapi ingatan tuk masih kuat. Dalam keterbatasan tuk menjalani hidup, setiap kali saya balik, tak teragak-agak tuk terbongkok-bongkok buatkan kuih-kuih favorite saya. 10 minit sekali tanya, kalau-kalau saya haus, nak air tak. Semua benda nak dibuatnya walaupun keadaannya yang makin uzur. Ya Allah, Kau mudahkanlah urusan tuk aku dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
Ala kulli haal, saya bersyukur atas nikmat usia dan peluang yang Allah kurniakan pada diri. Ada banyak perkara yang berubah. Manusia juga berubah. Saya juga berubah. Salam Ramadhan semua.
2 comments:
aku nampak ada unsur2 politik skit kat atas tu..bab satu msia tu..
mu cuak sebab mu dok sabor nok follow die punye step tu..dok sabor nok kawen..haha...samat berposer cik waa.
tu bukan politik, tu pemikiran, pandangan dari pihak2 berkecuali. seriously!
dan aku xkan cuak kalau xsabar, mesti lagi confident kot. haha
Post a Comment