Wednesday, November 11, 2009

Hilang

Zaman Nakal
Seminggu dua ni, cuaca Melaka agak tak menentu. Hujan selalunya tak terjangka. Makanya, selalulah saya terbasah terkena hujan akibat tak tersediakan payung sebelum hujan. Tapi dalam basah kuyup ditimpa hujan, ada sedikit memori lama tiba-tiba dihalusinasikan. Masa kecik dulu saya memang suka main hujan. wink Pantang hujan lebat tak ada kilat, saya mesti keluar rumah. Mula-mula bagi alasan nak beli gula-gula kat kedai, lepas tu kononnya payung tak sempat bukak, makanya baju saya lencun separuh. Alang-alang, teruslah mandi hujan. cool

Kalau musim banjir lagi seronok. Buat rakit, berenang air banjir, buat aksi kuak kupu-kupu, kuak lentang, kuak dada, freestyle, keliling rumah nenek. Bila dah penat, berenang terus ke tangga rumah. Biasanya tinggal lagi 2 3 step rumah nenek dah nak naik air. Bila mak larang air kotor, bekas longkang, parit, selamba bagi alasan, tak telan air bah tu. Bila banjir dah surut sikit, buat batang pancing, mengail ikan di tali air sawah padi yang dah jadi tasik. Puyu, sepat, skila(bahasa standard panggil ikan apa entah), tak berapa nak hebat. Tapi kalau dapat haruan, keli, itu memang terror. brosse

eh,piang ujang gining ikang banyok ah. soh kater mukkat, tadoh tangang pung buleh ikang

Itu semua dulu, masa zaman nakal-nakal, (sekarang masih nakal, tapi dah kurang kot). Dah tak ada air bah bila musim tengkujuh. Kerajaan dah buat sistem perparitan yang efisien. Tak ada alasan nak buat olimpik renang lagi. Seronoknya tak sama dengan olimpik di kolam renang proper. Tak boleh nak berenang kejar ayam, petik buah, cari selipar, dan berenang dalam hujan. Cuma certain part negeri Terengganu yang masih dinaiki air bila musim tengkujuh, sebab paras air sungai naik. Biasanya sebab empangan Kenyir yang dilepaskan airnya ke sungai-sungai utama Terengganu, avoiding high pressure to the dam.

Di sebalik seronok main bah, jangan pernah kita lupa pada yang ter affected severely. Ada yang hilang barang, insan tersayang, malah rumah kediaman. Macam yang dalam berita hari ini :

Zaman Berlatih
Dari jauh saya nampak dia terbaring lesu. Senyuman darinya saya balas. Dia tahu saya sibuk, dia juga ada cita-cita nak jadi doktor. Dia ada pun ada impian. Dia tak malas, dia tak mengeluh, dia banyak belajar. Dia sangat matang. Dia sangat memahami. Tadi, bila saya tanya perkembangannya, macam biasa, dengan senyuman dia balas:

Saya dah boleh keluar, doktor. Tapi kena buat scan leher dulu. (sambil menunjukkan cervical spine) Lagi 2 minggu kena datang hospital balik. Doktor ada tak nanti? Pukul 3 saya balik rumah.

Saya tumpang gembira bila tengok dia senyum kali ni. Senyum yang kurang pahitnya dari sebelum ni. At least buat masa sekarang. Saya tahu keadaannya makin teruk. Kakinya makin lama, makin lemah. Kaki kirinya makin kebas. Daripada boleh berlari, dia tak mampu lagi berjalan banyak walaupun dengan menggunakan walking frame. Dia tak mampu kejar impian dia sambung belajar kerana faktor fizikal dan kewangannya.

Doktor masih belajar kan? Saya nampak ramai kawan-kawan doktor. Saya kalau boleh nak jadi macam doktor. Nak tolong keluarga saya. Kami orang susah, doktor. Tapi sekarang, apa boleh buat. Saya boleh sembuh kan? Saya boleh hidup lama kan? (senyuman pahit disitu)neutral

Zaman Belajar
Seminggu dua yang lalu, saya mengalami masalah kewangan yang agak kritikal bila JPA tak masuk duit. Bukan mak ayah tak bagi, tapi dah rasa segan nak minta dalam usia yang dah masuk dekad ke 2 ni. Macam-macam cara saya berjimat. Terasa nak buat mogok makan pasir pun ada. Betullah duit bukan segalanya. Tapi kalau dah tak ada duit, segalanya macam serba tak kena. Barulah macam kononnya menyesal tak save duit baik-baik masa kat Manipal dulu. Oh, the good old day of Manipal life.....cry

Sometimes, we have to lose something before we can truly appreciate them.

2 comments:

maisarah said...

seronokny zaman kecil2 wa!
nak gak rasa hehe
dah tnye pihak jpa?

Najwa Aima said...

masa kecil2 dulu boleh la nak enjoy banjir. hehe
eh, duit jpa dah masuk isnin lepas. Alhamdulillah.. :D