Wednesday, September 3, 2008

Hari ini sudah 4 Ramadhan 1429H

"Wa, ko duk umah buat apa?" Soalan paling common saya dengar lately. What am I doing now? Saya sedang menghargai hari-hari di Malaysia, particularly peluang berRamadhan di Malaysia. (Jawapan skema)

Alhamdulillah terasa sangat bertuah dilahirkan sebagai saya yang hari ini. Ingat, bila kita diatas, jangan pernah lupa orang dibawah. Im not born in a very wealthy and rich family. Moderate one I think. Alhamdulillah. Last time during my childhood my mum always encouraged me to befriend with anyone, and not to be too picky in choosing friends. And yet, as my friends in my neighbourhood were sent to a modern-cikgu-mengaji, I was sent to a kampung-cikgu-mengaji. Im not really understand why actually it was like that in that moment. Yang pastinya saya perlu melalui jalan kampung yang agak jauh berbanding dengan kawan-kawan yang lain, dimana rumah modern-cikgu-mengaji itu hanyalah selang 3 rumah daripada rumah saya.

Saya akan melalui satu kandang lembu, kadang-kadang terpaksa berlari dek dikejar angsa-angsa peliharaan orang kampung. Selipar saya yang berbau najis ayam, kaki seluar yang kotor sebab selalu termasuk lopak air. Berpeluh-peluh tunggu turn mengaji (tak ada kipas angin). Tak ada masalah sangat pun sebenarnya. Cuma jiwa kanak-kanak saya ketika itu selalu memberontak kerana dengkikan dengan kawan-kawan lain.
Tapi lihatlah hikmahnya hingga hari ini. Andainya parent saya tak bawa saya memasuki alam kehidupan mereka walaupun sekejap, saya mungkin takkan pernah faham dan tahu erti 'orang-orang susah'. Saya mungkin takkan tahu bagaimana satu keluarga yang sangatlah besar, dengan ayahnya seorang nelayan, ibunya mengajar mengaji, anak 9 orang meneruskan kehidupan dengan cukup-cukup makan. Saya mungkin akan memandang jelik dengan tangisan kanak-kanak yang comot dengan pakaian yang tak terurus hingus tak dibersihkan, merengek kelaparan. Saya mungkin akan menyangka semua orang miskin itu pemalas walaupun mereka telah berusaha sedaya-upaya untuk mencari rezeki, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Saya mungkin hanya akan memandang kosong terhadap insan-insan yang pendiam dan tidak berapa aktif kerana sakit perut lantaran perutnya sentiasa kelaparan tapi tidak berdaya untuk mendapatkan makanan. Tapi itu semua telah saya lihat dan saksikan sendiri kira-kira 12 tahun yang lalu. Setiap hari bagi mereka seolah-olah hari puasa buat mereka.
Ya, setiap kali bulan puasa, wajah-wajah inilah yang sentiasa saya terbayang. 9 tahun lamanya keluarga kami berpindah. Selama itulah saya tak pernah tahu mengenai mereka lagi. Apa agaknya mereka makan hari ini? Adakah lagi insan yang akan kerumah mereka di petang Ramadhan menyampaikan baju raya dan kuih raya? Adakah lagi insan yang akan sampai ditangga rumah mereka setiap kali sekolah dibuka menghadiahkan sedikit buku-buku sekolah? Masih ramaikah lagi yang mengaji dengan Mak Cik Yang?

Petang 1 Ramadhan yang lalu, saya dibawa oleh ibu dan abah menziarahi sebuah lagi keluarga yang kurang bernasib baik. Sebuah rumah kecil yang usang, tak berbilik menempatkan sebuah keluarga yang mempunyai 9 orang anak, bapanya lumpuh, dan hidup mengharapkan anak sulung yang hanya membuat kerja-kerja kampung. So adalah beberapa usaha untuk reinnovate rumah mereka to become better and at least ada bilik. Alhamdulillah rumah mereka kini lebih baik, dengan bilik-bilik baru yang ditambah hasil sumbangan pihak-pihak tertentu. Memandang wajah mereka terasa sayu pula dihati. Apa taknya melihat mata yang bercahaya si ayah yang sudah tak berdaya dan anak-anak yang duduk sekelompok memandang kami sekeluarga, sudah cukup membuatkan diri ini insaf dengan segala nikmat yang dikurnia tuhan keatas diri yang hina ini. Senyuman manis itu sentiasa terukir diwajah mereka, namun peritnya hanya mereka rasa. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Adik-adik saya (tudung pink) mencapub dalam gambar ini, abaikan

Rasanya tak terlalu lewat untuk saya mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua. Moga ramadhan kali ini lagi baik dari sebelumnya dan moga ramadhan ini menjadi titik tolak untuk kita sama-sama berubah mengejar redhaNya dan mendamba cintaNya. InsyaAllah
Ya Allah andainya ada satu waktu atau satu detik saat dimana aku benar-benar merasakan keindahan iman, dimana aku benar-benar ikhlas, dimana aku benar-benar merasakan keagunganMu (kerana aku sering ragu akan keikhlasanku sendiri), maka Kau matikanlah aku di saat itu ya Allah, agar aku bisa meraih semulia-mulia kematian. Kematian disaat aku cinta padaMu.

No comments: