Wednesday, October 1, 2008

Salam Lebaran 1429H


Makanya berlalulah sudah bulan Ramadhan karim. Masihkah sempat saya bertemu Ramadhan seterusnya? Moga Ramadhan kali ini menjadi kursus tarbiyyah yang sangat berguna buat saya sepanjang tahun ini. Amiin.

Selasa 30 Ramadhan, 30 September 08

Hari terakhir Ramadhan ini tak ada bezanya dengan hari-hari biasa di Manipal. Saya ke kelas seperti biasa. Cuti umum Hari Raya di Manipal sebenarnya jatuh pada 2hb 10. Kami nyaris-nyaris akan beraya di kelas tahun ini. Namun, atas inisiatif beberapa pihak, alhamdulillah 1hb juga kami cuti, which mean kami dapat beraya bersama seperti tahun sebelumnya. (Walaupun ada pula ura-ura mengatakan kononnya Manipal raya ikut Arab Saudi, on 30hb.question Cuak jap)

Among the interesting part on the day is, we had our PBL presentation for Pharmacology. Tak tahulah nak study macam mana the night before, kalau dah masuk mood nak raya. Huhu. But then, we manage to make it. Dan sesi PBL yang bermula jam 2 petang tamat kira-kira jam 4 petang. Ada juga group lain yang habis pukul 4.40pm. Tak tahulah apa yang mereka present panjang sangat. wink


Saya dan housemates bergegas ke rumah raya tolong persiapan buka puasa dan raya. Dalam kekalutan dan kekangan masa, makanan terhidang sejurus selepas solat Maghrib berjemaah dan takbir raya. Syahdu? Tak lah begitu pilu. Dah biasa la katakan. mrgreen Cuma sedikit sebak bila tengok junior-junior batch 22 menangis dikala takbir raya dilaungkan. Sabarlah wahai juniors. Raya saja dengan kami yang kind of berkorban cuti raya kami demi meraikan kalian.confused (eh, I already have 3 batches of juniors. Dah lama rupanya saya tinggal di Manipalcool)


Ayam masak kurma for our buka puasa. Sedap gel!!! Sebelahnya periuk masak sayur labu. Pun sedap.

Berada di dapur di malam raya membantu the so-called Sera Catering and Leen Catering membuatkan saya tidak terasa lamanya masa berlalu. Apa tak nya sangat banyak menu yang akan dihidangkan keesokannya. Semua orang dah jadi chef terjun. We are not under orang-orang tua's supervision, and we manage to make the raya meal dengan pandai-pandai. Not pandai. Batch 20 bahagian food and all kecuali hiasan khemah raya, pass the task to batch 22 juniors. Penat-penat. At last saya kembali dari rumah raya ketika kira-kira jam 10 malam lebih. Memang dah extremely lack of energy time tu. Lepas ini siapa-siapa yang nak rasa air tangan bakal-bakal doktor memasak, silalah hubungi Sera's and Leen's Catering, Manipal. Kami memang suka masak-memasak ini. rolleyes

Rabu 1 Syawal, 1 Oktober 2008

Dek kepenatan, I fall into a very deep sleep last night. Nasib baik sempat sembahyang sunat Aidilfitri yang bermula jam 7.30 pagi. Usai solat sunat, we supposed to listen to khutbah raya, but I dont even understand any word except the Arabic language part or the verses from Quran. (Walaupun saya dah tinggal sini setahun lebih, saya tak tahu sepatah pun bahasa mereka. Please dont ask me that boring question, if I can speak Indian language or notwink. English is my medium of communication here)



Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Manipal (Tak ramai macam biasa)

Terus saya pulang ke rumah, bersiap untuk ke rumah raya. (Student Muslim Malaysia akan berkumpul di rumah raya jika ada apa-apa aktiviti seMelayu Manipal) Majlis yang dikatakan akan diadakan hanya sederhana ini, sebenarnya tak adalah sederhana sangat. Cuma bagi saya tak berapa meriah tanpa adanya senior-senior or at least junior 21. Mungkin terlalu ramai muka baru dan fresh bagi saya. (Yup, I know how important it is to have seniors.biggrin)



Banners by batch 22. Cun lah juga.
Nasi tomato, rendang daging, agar-agar, kek batik, puding buah, puding jagung, lodeh, ayam masak merah, sirap limau (alhamdulillah)

Majlis dikendalikan sepenuhnya oleh kami batch 20. Majlis dipengerusikan oleh Syamsul, bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Po'oh, dan Zaki menyampaikan sedikit tazkirah raya. Kemudian batch 22 buat persembahan nasyid or I can say lagu raya actually. Elok sahaja lagu kedua dinyanyikan separuh, hujan lebat menimpa khemah kami. Memang cuaca agak mendung dari mula lagi. Kami hampir beraya dalam basah!! Keadaan sedikit tak terurus akibat beberapa kebocoran khemah as we did not expect about the rainfall during raya since Manipal dah habis musim hujan. Dalam kekalutan itu, acara tetap diteruskan setakat yang mampu. Acara makan or jamuan raya. Tayangan pra syawal yang dijadualkan selepas itu terpaksa dibatalkan kerana black out! Lama juga black out. Akhirnya sesi bergambar sahaja yang dapat diteruskan.

Baldi buat tadah air hujan

Pulang ke rumah, alangkah panasnya hati bila pak guard cakap elektrik rumah kami terpaksa di potong. Pakcik! Kami penat kot nak layan kerenah korang. Kami dah bayarlah bil tu. Dengan beberapa kudrat yang masih ada masalah diselesaikan di office bil elektrik yang luckily masih available. (Selalunya tutup or tak ada orang jaga) Alhamdulillah I have this opportunity to type this.razz

After all, I think this year of celebrating Raya is not that bad lah. It just a little bit unlucky. Kasihan pula batch 23 yang baru sampai kira-kira sebulan tak dapat rasa meriahnya raya macam yang senior kami adakan a year before. Dah lah tak sempat bersesi suai kenal dengan seniors langsung. Hihi. Tapi apa-apa pun kami sangat penat. Kekurangan kakitangan pekerja barangkali. Baiklah saya mahu beristirehat. Malam ini Insyaallah akan ke rumah Eizzah buat persiapan untuk sambutan raya batch 20 malam esok. (Nak jemput non-muslim sekali) Nak jalan-jalan raya rumah sahabat-sahabat masa ini, mesti semua tengah tidur. Yup, we are damn (oops) tired.neutral


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H semua.... Maaf Zahir dan Batin
Manipal, India

No comments: