Thursday, May 7, 2009

Please Tell That Muslimah

Pesanan seorang Adam:

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...
Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu;
kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

No comments: