Wednesday, January 20, 2010

Wind of Change


Entah mana hilangnya momentum menulis blog sejak posting medicine yang lepas. Sibuk sangat dengan posting ke? Posting commed sangat la saya tak suka, due to some circumstances. Then, terus posting surgery yang mampu merangsang hormon adrenaline setiap pagi isnin. Penat dan terkejut barangkali dengan bebanan workload di kampus Melaka ni berbanding Manipal dulu. Tapi bukan study gila-gila pun, hanya banyak mengeluh dan cubaan mencuri masa untuk beristirehat semata-mata.


Sedar tak sedar dah hampir ke penghujung posting untuk semester 6. In one week time, I'll be in my last posting; PSYCHIATRY. Cepat pula rasanya. Macam masih berbau Manipal lagi labcoat saya, macam terdengar lagi hon-hon kenderaan dalam perjalanan ke Karkala, masih teringat sakit-sakit sendi angkut kotak-kotak yang sampai dari Manipal melalui kontena. Reminiscing...

Tahun baru 2010 dah masuk minggu ke 3. Tahun Hijrah dah masuk 4 Safar hari ni. Alhamdulillah setelah sekian lama tak makan bubur asyura, tahun ni saya berpeluang merasanya. Banyak resolutions tahun baru ni. Konon nak jadi rajin, konon nak jadi 'juruh' (tak tahu macam mana nak translate ke bahasa standard), itu semua resolution tahun lepas yang akan di bawa ke tahun ni. Hehe

Mungkin sedikit terlambat untuk jadikan ini post pertama untuk tahun baru. But then it always better late than never. hehe

Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaanya hari ini dengan semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam


2 comments:

izzah said...

salam.
wa,glad u started writing back.^^
ha,pastu tahun baru ni,tahun 2010-la bukan 2009.heee

jumpa kat melaka nanti,iA.:)

Najwa Aima said...

haha.. silap2..k2 nak tukar. :P thanx nway.. enjoy hari-hari terakhir manipal,k..