Saya agak kurang senang dengan satu sikap yang sering dipandang remeh oleh sesetengah orang. Saya sendiri tidaklah begitu sempurna dalam banyak hal, tapi saya cuba kurangkan mana-mana bahagian yang tidak sempurna itu, agar enak dipandang dari luar, atau sekurang-kurangnya tidak menyusahkan atau menyakiti orang lain.
Saya paling tak suka orang yang mungkir janji. Ianya menyusahkan orang lain. Membuatkan yang dijanji itu tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti. Apakah itu? Saya tak pernah lupa janji saya. Andainya saya ada terlupa tolonglah ingatkan. Tapi jangan lupa, saya tak boleh terima orang yang buat-buat lupa janji. I always kept my promise. So, that way, I want others to do the same. Baiklah, luahan ini agak keras, dan berbunyi selfish. Fine. Takkan selalu sahaja terlupa. Ada masalah memory kah?

Bila selalu sangat janji-janji yang dibuat samada pada diri sendiri atau orang lain dimungkiri, perkara yang menyusahkan itu sudah menjadi sebati dalam diri. Saya sudah kurang rasa percaya. I get annoyed. Seriously I am. Seolah-olah satu sifat sudah diekspresskan, yaitu pegangan tidak kukuh dan tak yakin dengan diri sendiri. At this age, do you still look for who you are? Mencari-cari siapakah diri ini sebenarnya?
Come on lah, please be firm in your decision. Memang bila satu keputusan sudah dibuat, akan adalah bolak-baliknya. Tapi yakinlah dengan keputusan itu. Mudah-mudahan ada berkatnya. In case if the decision is going to be change, please let other party know about it, and let it be clearly explained. Dan jangan bagi alasan-alasan 'childish' dan 'irrelevant'. Seolah-olah dipermainkan pula. Bengang.
Saya tak akan tanya sembarangan pada waktu yang seolah-olah tak patut kerana rasa hormat saya. Sebagaimana rasa hormat ini ada, sebegitulah yang saya mahukan dari orang lain.
Saya berpegang pada satu hadis.
Rasulullah SAW bersabda : “Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga : Bila berbicara bohong, bila berjanji mungkir, bila diberi amanah dia khianat (HR.Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud)
Saya amat kecewa dengan janji yang tak ditepati.
2 comments:
tuju kat sape nih??huhuhu..cam emo jerk..
emo ke? alamak.. huhu
Post a Comment