Sunday, December 14, 2008

Malaysia Oh Manipal

Tengahari tadi ketika sedang mengadap santapan tengahari pulav rice with tandoori chicken di Food Court, saya di sapa seorang lelaki berbangsa India. (Ingatkan tempe..isk)

"Hey, are you Malaysian?"

Terpinga-pinga dan perbualan saya dengan Aliaa di meja makan terhenti.

"Yes, we are"

"Ohoho, so glad to see you guys here in Manipal"

Then, the conversation went on. Uncle itu rupanya baru sampai dari Malaysia datang menjenguk anaknya yang juga junior batch mana entah. We had a short chat and we pictured him about the goody-goody things in Manipal. Of course we want to reassure the parents that we are all fine being here plus there's bomb blast in Mumbai last week, and we are not affected. Alhamdulillah. Saya tak mahu dia risaukan anaknya berada di Manipal sebagaimana saya tak mahu ibu dan abah saya risaukan saya selalu. The Uncle seemed so happy and I hope he and his family enjoy their stay in Manipal.

Separuh nasi pulav dihabiskan datang pula seorang Uncle bangsa India juga, menyapa kami.

"Apa khabar?"

"Baik". Saya senyum dalam kehairanan. Dalam hati tertanya-tanya, dari ceruk mana pula dia ini datang. Hehe. Well the rule is, only the true Malaysian knows Malaysian.

Kali ini giliran Uncle yang agak ramah dan fasih berbahasa Melayu ini bertanyakan khabar kami di sini. Cerita punya cerita, rupa-rupanya orang kampung Aliaa, kampung sebelah pula tu. Haha. Tak tahan betul. He is a gynaecologist who used to study here in KMC Manipal years ago, and currently working in O&G Department of Hospital Alor Star. What a wonderful world. (dengan nada lagu Louis Armstrong). Beliau datang membawa keluarganya dan anaknya bersama-sama untuk melihat perubahan Manipal yang katanya sangat-sangatlah ketara. Hey, we got nasi lemak here cook by tempe, ok! Seronok pula melihat orang-orang yang baru datang dari Malaysia. At least got the aura of Malaysia from them, buat ubat rindukan tanahair.

Saya ada menonton filem Malaysia tajuk Pensil. Sudah lama dulu ianya ditayangkan, tapi saya baru aware of it. Hanya kerana bosan weekend, walaupun kerja bertimbun-timbun. I like the story. Kudos to the pengarah yang juga pelakonnya. Its not like a typical Malaysia film. Its a reality story of Malays from a non-Malay director. Menarik. Quotes from my googling :

Menurut M.Subash, iaitu pengarah, pelakon, penulis skrip dan pencipta lagu tema filem ini berpendapat, Malaysia akan menjadi sebuah Negara yang lebih disanjungi jika Bangsa Melayu dapat kembali kepada nilai-nilai hidup yang asal. Beliau berpendapat Bangsa India dan Cina juga harus mengaplikasikan nilai-nilai dan norma hidup masyarakat Melayu untuk menghasilkan nilai hidup yang lebih “Malaysia”.

p/s : Saya buffer filem ini di YouTube sahaja.

No comments: