Sunday, March 1, 2009

Segala Perkara dan Nikmat, Alhamdulillah

Alhamdulillah a'la kulli haal wal ni'mah.


Picture taken at a clinic in Goa


Tak ada kata-kata lain yang layak keluar dari mulut ini tatkala mendengar keputusan UNIS yang diumumkan few days back. Masa tahu result keluar, saya berada di rumah sahabat di Belgaum (approximately 12hours from Manipal by bus).


"Korang, kita semua pas!!"


Kami-kami yang dengar loudspeaker handphone Po'oh, hampir melompat gembira, lega, bahagia. Semua macam nak menjerit. Tapi mana boleh bising-bising kat rumah orang. Tak senonoh pula. Terus buka website Manipal, and yes, result pun dah appear on the web. Kebetulan kami sedang berlepak-lepakan rumah kawan, baru tiba dari Bangalore pagi tu. Tuan rumah pula tak ada, ada kelas. Hihi

Tahniah semua batch 20!. Terima kasih jugak buat semua yang mendoakan, bagi support, bagi semangat. Rasanya start dengan block 3 lagi kami dah mula kalut sebab dah masuk zone the-no-ending-test-and-exam time. Terlalu banyak yang perlu di cover within 3 weeks of study break. Walaupun ada rasa macam bosan-bosan, nak give up, tapi tak boleh, nanti konsep bertawakkal tak jadi. Layakkah nak tawakkal kalau tak usaha bagai nak rak?

Malam nak exam, saya dah tak tahu nak pegang apa lagi dah. Semua serba tak kena. Memang saya tidur awal, sebab dah start gelabah. Haish. Bila dah sampai masa nak jawab exam, semua orang cuak. Beberapa saat before Pharmac paper start. A friend said : "Alamak Wa!" "Ko kenapa?" "Aku terbawak eye liner! Sebbaik aku bawak pensel jugak"

Buat junior, nak pesan siap-siap. Jika anda merasakan blok exam anda sangat-sangatlah susah, maka beryukurlah kerana soalan-soalan susah dah ditanya, and soalan agak ringan akan keluar masa UNIS. Tapi ni applicable untuk Patho, Pharmac and Forensic je rasanya. Soalan Microb kami amat-amatlah mencabar jiwa dan raga. Disahkan oleh semua batch 20.

Usai last day practical, malam itu juga saya dan 6 orang lagi bertolak ke Bangalore, dalam rangka lawatan sambil belajar release tension ke Bangalore-Belgaum-Goa.

7 of us at Wonder La, Bangalore. Tempe pulak terposing sekali

Happy holiday Manipalite!

No comments: