Berada di bumi anbiya for about 2 weeks during last holidays taught me a lot of lessons to ponder.
Mim itu stand for Musibah
Sod itu Sabar
Ra untuk Redha
Bila kita ditimpa musibah kita kena sabar, dah habis usaha, maka redhalah dengan musibah itu.
Beberapa hari sebelum berangkat ke Mesir, saya sudah mula contact beberapa sahabat di sana. Bertanyakan hal-hal visa dan sebagainya. Pemeriksaan kastam di India yang pelik itu perlu diingatkan. Banyak juga songel mereka mengusulkan tujuan kami ke sana. Hampir terkandas di imigresen. Tapi alhamdulillah kami semua lepas imigresen selepas beberapa jam ber mundar mandir di Airport Mumbai.
Tiba di Airport Alexandria, memang tak ada masalah langsung. Urusan amat mudah. Tak serumit Mumbai Airport. Terima kasih rakyat Malaysia di Egypt, anda telah memberikan good impression kepada pak-pak Arab. Sampai air mineral 1 setengah liter pun dibenarkan dalam kabin pesawat!
Kalau mahu cerita tentang pengalaman kat Mesir selama 14 hari ni, memang amat-amatlah panjang. Too much. Sila rujuk gambar-gambar di friendster dan facebook saya. Hihi
Okay, I put some facts about Mesir which I noticed from my own observation and knowledge. Tak larat lah nak buat karangan macam Maisarah. Kagum sungguh.
1. Saya masih menggunakan bahasa arab fushah (bahasa arab yang sebenar2 nya) yang sounds very 'skem!!' for day 1 and 2 being there until my friend laughed at me at correct it a little bit to bahasa pasarnya.
eg: aizzah=saya mahu instead of using ana uridu an bla3... (memang kelakar)
2. Sangat banyak masjid dibina di Mesir. Boleh kata jalan 10 langkah dari satu pintu masjid dah masuk pintu masjid satu lagi. That's why negara Mesir dipanggil negara seribu menara. (indicates menara-menara masjid yang banyak)
3. Restoran semua makanan halal. We ate like we never have good food. Kalau kat India jangan harap boleh pilih-pilih kedai.
4. Tak kurang dari 5 jenazah atau keranda jenazah yang diusung saya saksikan setiap kali melewati mana-mana masjid di Mesir. Ketika bersolat di Masjid Imam Syafi'e, kebetulan ada solat jenazah performed selepas solat fardhu. Sesungguhnya yang paling dekat dengan manusia adalah kematian. Sedarlah wahai diri.
5. Kalau naik lifnya, mesti ada doa naik kenderaan yang dipasang automatik. Memang kalau yang dah lupa tu, terhafallah.
6. Orang Arab sangat kagum dengan orang bukan arab yang boleh mengaji quran sampai nak beli barang kalau nak dapat murah, baca satu surah al-Fatihah depan tokey kedai, boleh reduce harga dari 50 gnih to 10 gnih.
7. Sepanjang beli-belah di Hussein, saya agak tak tahan dengan promosi pekedai-pekedai yang promote barang mereka in Bahasa Melayu. Well then, at least they have good attempt to attract us shopped at theirs.
"harga murah, harga percuma"
"harga gila, gila murah"
"durian runtuh"
dan paling tak tahan:
"mari-mari, mahal-mahal"
8. Paling mencabar adalah mendaki Bukit Tursina di Semenanjung Sinai. We started at 1am and reached the last check point at 3.30am. Penat dan sangat sejuk setibanya kami di atas sana. Terpaksa sewa extra blanket tahan sejuk. But it pays a lot. We watched that beautiful sunrise. Subhanallah.
9. Adila sanggup turun dari Tanta ke Cairo (Qal'ah Salehuddin to be specific) semata-mata nak jumpa saya. She bunk her class then. Oops.
10. Saya sangat rindu makanan arab yang tak pedas. Bila balik Manipal, began my suffer tahan makanan yang pedas. Nasi yaman di Hadralmaut paling sedap. Recommended by us. Hihi
11. Makanan Malaysia banyak di Mesir. Kira tak rugilah saya tak balik Malaysia cuti kali ini.
12. Tabiat orang Arab yang baca quran everywhere even dalam bas sambil berdiri pun perlu kita note and ikut. Mungkin kalau amalkan di tempat kita, nampak pelik. Bimbang juga boleh bawa kepada riak.
13. Sekali lagi saya menyusahkan sahabat sekelas saya di Alexandria, Fatimah Nabilah aka Bella, sampai beliau juga ponteng kelas sehari. Bersalah lagi. Dahlah menumpang kasih di rumah beliau 2 malam.
14. Walaupun budak-budak Mansurah, Nadiah, Aizuddin dan Zaty tak sempat saya jumpa. Panggilan telefon dan sms-sms mereka bertanyakan khabar sepanjang keberadaan saya di Mesir menggantikan pertemuan, membuatkan saya terharu. Terima kasih banyak-banyak. JZKK.
Saya sangat bersyukur dikurniakan umur dan peluang menjejakkan kaki ke Mesir. Mahu lagi saya ke sana andai diberi peluang. Selamat berjuang sahabat-sahabatku yang kebanyakkan dah masuk 4th year.
Buat orang-orang Manipal, selamat masuk 3rd year. Dan selamat berholiday. Utsav je pun. Itupun sehari. Isk
6 comments:
waaa..mnariknye mu g jalan tempat org..byk cerita menarik..tempat aku mcm tak tahu nak citer pasal apa but kadang2 kite tak sedar pasal kebaikan tempat kite kan?huhu. tp tabik ar still ingat arab lg tu. jalan2 kat tempat org where we dunno kite akan sampai sana tak lagi, tak pernah rugi..jgn menyesal walopon sekali2..aku lmbt blk msia untuk kije kutip ceri..tp aku rasa pengalaman tu tak leh nak lupe..sgt best ar.aku kadang2 terpaksa avoid dr mengingatinye.huhu..
"mari-mari, mahal-mahal"-buat aku tergelak..haha..tak tahan btul la dorg nie..huhu
ha.. xkira la duk ceruk manapun di sudut dunia ni, act ada je cerita menarik. cuma kadang2 ppl dunno how to tell theirs...or xdop masa nk cerita..
mu ni byk masa la ek?hoho
ALOO
saper NIA?
waaweee,,,,,
baruku tahu kewujudanmu di dunia blog...adekah ak ni katak bwh tempurung or ko ni sengaja xnak hebah???ceh...ak lwn basket ptg nih..doakan ak dpt shoot byk2...ak bg link blog ko kt ustat...hahahhaha
Post a Comment