Thursday, April 2, 2009

Kerana Lembah Itu Dunia Mereka


Lembah baina (between) dua bukit

Sejak balik Manipal dari holiday yang panjang (1 month holiday considered as long one), banyak juga perubahan Manipal. Not only Manipal yang berubah, me also. I came to realize this when the pakcik kedai runcit asked me:
Kamu pergi North India ke? Musim panas ke kat sana sekarang? (versi alih bahasa)

That indicates that I got severe sunburn this holiday. One week off to cuti-cuti India, got sunburn in Goa, then Egypt 2 weeks, made my skin color change to 'zaman kegelapan' version. Currently Manipal tengah musim panas or 'lebih panas'. Bak kata lecturer kami:
Here in Manipal we only have 2 seasons. Hot and extra hot.

Memang agak panas. Tak pernah saya tak berpeluh kalau waktu siangnya. Lepas tu mulalah merungut, kalaulah aku ditakdirkan hidup kat Wadi Muqaddas, Sinai tu, tak payahlah nak merasa berpeluh bawah kipas macam ni. Ada nada-nada mengeluh tak bersyukur di situ. Isk. Terkenang seketika the moment when I was at Wadi Muqaddas. Moment when I felt like my body was very cold, as cold as Edward Cullen's. Bila ustaz yang bawa kami mention that we'd reached Wadi Muqaddas, (wadi is lembah), it rings the bell. Yup, there's a verse in Surah Thaha mention about this lembah suci.

Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa? Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada keluarganya:’Tinggallah kamu (di sini), sesungguhnya aku melihat api, mudah-mudahan aku dapat membawa sedikit daripadanya kepadamu atau aku akan mendapat petunjuk di tempat api itu.’ Maka ketika ia datang ke tempat api itu dia dipanggil: ‘Hai Musa. Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu; sesungguhnya kamu berada di lembah yang suci, Thuwa.
(Thaha:9-12)

The phrase which does ring the bell : ‘ Innaka bil waadil muqaddasi tuwa’

Lembah suci yang pernah menyaksikan peristiwa agung Nabi Musa yang ingin melihat wajah Allah, kemudian berlakunya peristiwa gunung runtuh. Nyaman sekali cuaca di situ. Lembah yang berada diantara 2 bukit. Sangat tenang, cantik. Even saya yang dah berada di Manipal yang hangat ni masih terasa kedinginan dan kedamaiannya by only think and feel like Im there right now. Oh, I miss that place. Tidakkah patut saya bersyukur dengan peluang yang Allah berikan, peluang untuk menjejakkan kaki di lembah yang pernah bergegar kuat Allah mengurniakan mukjizat kepada rasulNya?

Kesan tinggalan gunung runtuh


Batu yang dipercayai menghempap Nabi Musa yang pengsan apabila gunung runtuh
Saya sempat berziarah orang arab Badwi yang tinggal di situ, near Wadi Arbain.(a particular area at Wadi Muqaddas). Pertama kali dijamu shai (air teh) dari orang Arab Badwi, kemudian dihiburkan dengan mainan alat muziknya yang dicipta sendiri dari bahan-bahan recycle. Sounds nice though. Pertama kali mengenal binatang yang dipanggil arnab gunung. Comel! Memandangkan kami tak prepare nak sampai ke petempatan orang Badwi, tak ada apa yang mampu kami tinggalkan buat mereka. Ada lah sedikit makanan yang kami beli buat bekalan naik Jabal Musa malam tu. Beruntungnya mereka tinggal di lembah suci ni, bisik saya dalam hati.

Pencinta binatang macam saya memang suka binatang pelik dan comel macam arnab gunung ni

Tak apalah dimana-manapun kita dicampak atas bumi ini, ada pro and cons nya. Jadilah insan terbaik. Benih yang baik itu, kalau dicampak ke laut akan menjadi pulau, kalau di campak ke padang akan menjadi gunung.
Pakcik Badwi dan anaknya(barangkali) hidangkan shai dan mainkan gitarnya untuk kami

No comments: