"Tuk wak ndaper owr, basuh baju ke?" (Tuk buat apa tu? Basuh baju ke?)
"Dok eh, tuk cuci tembuni ni hor" (Tak lah, tuk tengah cuci tembuni)
"Tembuni tu nder, tuk?" (Tembuni tu apa, tuk?)
"Tembuni ni muler jaga baby masa dalam perut ibu. Bila dia tubik ni kita kena basuh, tanang molek-molek" (Dulu tembuni nilah yang jaga baby masa dalam perut ibu. Bila dia keluar, kita kena basuh, tanam elok-elok)
"Ooo.."
Teringat saya dialog dengan nenek ketika umur saya kira-kira 9 tahun. Adik saya yang ketiga baru selamat dilahirkan. Tengah hari itu saya saya lihat nenek saya ter kelam-kabut selesaikan something yang diletakkan dalam bungkusan kain warna hijau. Rupa-rupanya itulah placenta membrane. Tak tahulah saya bahasa standard nya apa. Ari-ari mungkin. Orang kampung saya panggil tembuni.
Pengalaman pertama kali menyaksikan normal vaginal delivery. Terngiang-ngiang bunyi fetal heart sound yang di amplified kan through the machine. Disebabkan kena posting OBG sekarang, to watch at least one delivery is a must. I got a phone call from Neena, telling me about there's a lady in the labour theathre was about to give birth. I rushed to LT, and got another phone calls from Hwei Wern and Thiaga telling the same thing. Thanks banyak-banyak guys. Saya terlepas turn sebenarnya, and it was our second week of OBG posting already, only one week left. Kalau tak tengok, rugilah.
Jujurnya saya pun tak berapa confident nak tengok orang beranak. Takut nanti saya pulak terpengsan sebelah orang bersalin. The other day, one of my friend who just watched the delivery, looked traumatized while she's telling me about what had happened during the process.
I've been there inside with 2 doctors, 2 sisters, and my friends from 10.30 am until 12.30pm. Lama juga kami berdiri sampai proses jahit siap. Bagi saya agak ngeri, dan memang proses bersalin amat menyakitkan. Even, one of my friend terduduk hampir terpengsan. Pucat lesi muka dia, maybe sebab tengok darah banyak sangat. Saya bawa dia duduk-duduk, baring-baring sebelah katil orang tengah bersalin, and he's fine after that. Suturing was the hurtest part I think. Ni buat rasa macam tak nak bersalin ni. Tak nak kahwin lah. Eh nak ambil anak angkat je boleh?
Pengajaran, jangan sesekali lukakan hati ibu anda. Dia sudah terluka at least sekali ini kerana kita. Sakit yang saya sendiri tak tahu nak gambar. Jerih payah menanggung kesakitan tu hanya dia dan tuhan yang tahu.
Penat sebenarnya ni. Karkala posting memang memenatkan especially OBG. Selalu jadi batch yang last sampai Manipal. Selalunya dekat-dekat pukul 6 petang baru sampai. Selalu jealous dengan budak-budak Peadiatric dan Medicine yang selamba je lambai-lambai bye- bye kitorang yang still dalam kelas tutorial.
Oh, tiket balik Malaysia bulan 8 sedang dalam proses. Exam will be on 14th. Maybe I will take the flight on 17th. Flight on 16th is cancelled, so 17th paling ideal bagi saya. Exactly 4 months left before leaving Manipal. Insya Allah.
2 comments:
Salam.Dik, maaf ye kak mencelah. kalau tak silap kak, placenta tu orang kampung panggil uri.
Ari-ari ialah suprapubic area.
oo. uri. rasa macam pernah dengar jugak.hehe. kesalahan amatlah dikesali. thanx for the correction.
Post a Comment