Tuesday, June 3, 2008

Ikhlaslah dalam berbuat sesuatu, kan seronok!

There are many reasons of life each days. We would have our own vision and mission every morning when we waked up from bed, and usually the aims quite different for everyday minus some routinely activity that were the MUST.

Why we must have this mission? Simple. It is as our direction of what are we going to do for the day. Say for example, the day after tomorrow I will have SDL test for microbiology, so tonight and tomorrow I'm going to study for the topics that will be included. Why? So that I will satisfactorily smile after answering the test. (at least...biggrin no need to think about the negative marking result)

So, I should have the niat today. Intention of studying lillahi ta'ala. Niat mula-mula itu kena betul, then, berusahalah. Insya Allah rasa ikhlas itu akan hadir dalam diri kita tanpa kita sedar. Lama-lama kita akan enjoy study Microb SDL yang agak bosan itu. (oops mrgreen) Sebenarnya saya seorang yang cepat bosan dengan perkara yang sama. Kalau dah belajar dalam kelas, terasa diri ini sangatlah malas nak revise balik within 24 hours as being advised by pakar-pakar study sedunia. So, saya sendiri kena motivate diri untuk enjoy the study, especially dah dekat-dekat exam ini. How to enjoy? Ikhlas.


Ikhlas ini bukan sahaja aplikasinya dalam study sahaja, malah dalam perkara-perkara harian biasa. Kadang-kadang ada masanya kita mungkin terlepas pandang dengan perbuatan kita. Tak sedar sebenarnya, dan lalai juga. Manusia kan mudah lupa. Saya cukup pantang dengan peribahasa 'hangat-hangat tahi ayam'. Lets apply it to our daily life. Saya buat contoh diri saya.

Saya dah janji dengan seorang sahabat untuk pergi ke satu tempat, nak ber rehlah. So, sampai masanya saya tak tunaikan janji saya. Saya pergi juga ke tempat rehlah itu, that we supposed to picnic there, but what happen is, I just looked around the place and went back just like that. Macam buat kerja yang nak cepat habis. Sikap saya pula acuh tak acuh, seolah-olah tidak berminat dan sudah hilang passion untuk ber picnic. Saya mungkin bertindak sebegitu atas alasan saya ada hal lain yang nak dibuat, contohnya nak kena balik study, banyak lagi tak cover. Tapi saya terlupa bahawa orang yang bersama dengan saya itu juga adalah insan sebagaimana diri saya. Mungkin harapan sahabat saya sudah hancur untuk bersama-sama dengan saya menikmati keindahan kejadian alam ciptaan tuhan sambil mengeratkan ukhuwwah. Menenangkan diri, melupakan hal-hal study buat seketika. Dia mungkin sudah menyiapkan rencananya untuk memenuhi rehlah itu, dan sayalah orang yang bertanggungjawab menghancurkan harapannya. Blame it on me!confused

Inilah namanya hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula saya sendiri beria-ia nak berpicnic, but we ended up with kekecewaan sahabat saya itu tadi. Bukankah sahabat saya tadi juga sudah menyemai harapan yang tinggi, dan dia sudah meletakkan keihklasannya untuk bersama-sama saya pada mulanya? Siapa yang membina harapan? Siapa pula yang menghancurkan impian? Me, me. (point it on mesad). Apa yang saya nampak disini, adalah, saya sendiri tidak ikhlas dengan niat saya dari awal-awal lagi. Dan saya telah bersalah untuk memberi harapan kepada orang yang sangat ikhlas dengan saya. Alangkah tidak adilnya saya. Perbuatan saya itu tidak terkesan pada diri saya. Akan tetapi kesannya sangatlah besar buat sahabat saya itu terhadap the way she will impressed me after this. Mungkin dia dah dapat hidu betapa tidak jujurnya saya dalam berjanji.

Maafkan saya kiranya tulisan ini seolah-olah terkena kepada sesiapa. Analog diatas hanyalah fiksyen semata-mata bagi mengelakkan saya tercerita cerita sebenar yang berlaku. Saya hanya cuba untuk membetulkan keadaan. Saya sedikit tidak keruan sebenarnya. Baiklah, saya ingin sambung Microbiology saya. Wassalam


'Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja, sedangkan apabila masalahnya atau hajatnya telah selesai, maka dia memutuskan kemanisan persahabatan.
Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau, serta memadailah dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau'
-Umar Abdul Aziz-

No comments: