"Diorang cakap nama aku yang sebenar tak sesuai dengan aku. Aku ni kan kasar. Diorang gelakkan aku. And I cannot take that as a joke"
Hampir menitis air matanya. Tergamam saya sebentar. Saya tahu dia bukanlah saja-saja berperwatakan sedikit keras sebegitu. Itu cuma bawaan daripada zaman dulu-dulu beliau. Malah sehingga hari ini dia masih cuba untuk menjadi seorang perempuan yang perempuan.
Bukan salah ibubapa yang memberi nama, malah bukan salah pembawa nama itu juga. Jika orang lain tidak membuka mulut, masakan isu ini timbul. The point is, why should we labelled others as how we saw them are from our very own eyes? And the worst is, we spread the label to others, making the situation more complicated. Bersangka baiklah.
Situasi sebegini seringkali kita lihat. Pernah seorang rakan saya bercerita kepada saya bagaimana dia telah membuat keputusan untuk bertudung ketika baru masuk UTP. Ya, semangatnya sangat-sangatlah besar untuk berubah. Alhamdulillah lebih setahun saya bersamanya dia tidak pernah terlintas untuk kembali ke zaman dulunya, dan dia tetap teguh mempertahankan tudungnya walaupun sebahagian rakan-rakannya sedikit terkejut dan memperli beliau. Beberapa tahun selepas tidak mendengar khabar berita daripadanya, saya menerima satu kejutan. Dia sudah berubah kembali. Hampir saya tidak kenal. Nauzubillah min zaalik. Sedih saya bercampur kasihan. Bagaimana mahu saya jawab dengan Allah SWT nanti? Apa peranan saya? Salah siapakah ini?
Yes there are a lot of story like this outside there. And I can say everyone have this story. Such a typical phenomenon nowadays. Typical? Sampai kita dah tak terkawal. Tak terkata apa. Speechless.
Saya cukup kagum dengan kecekalan seorang sahabat yang berjaya berubah daripada kehidupan yang amatlah sosial dengan pergaulan yang agak tidak terkawal, menjadi seorang yang disegani kini. She told me how was her feelings when she atttempted to read the Quran, and her roomates and others, laughed at her, pasang lagu kuat-kuat pula. Alangkah peritnya jalanmu itu, sahabat. She worked days to days to be a better person, while others kept on calling her back to them. Alhamdulillah she is a good muslimah until today.
Semua cerita di atas berkaitan dengan sikap melabel dan mengadili kita terhadap insan lain. Kadan-kadang kita tak berjaya berdakwah bukan kerana mesej itu tak sampai kepada yang didakwah. Tapi pendekatan kita yang kadang-kadang orang lihat sebagai ikutan tak berapa kena. Kononnya kita sentiasa betul. Sekali sekala fahamilah keadaan orang lain dahulu kalau nak melabel pun. Jangan sesekali bersangka buruk terhadap orang lain walau apapun yang kita nampak. And dont judge a book by its cover. Akibatnya bukan atas diri kita sahaja, tapi orang lain turut terlibat sama.
Orang beribadah disangka riak
Orang yang “relax” disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka “diet”
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
Mana tahu..
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
Yang ceria itu kerana cergas fikirannya
No comments:
Post a Comment