Sunday, July 6, 2008

Diari sebuah weekend

Hujung minggu adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh student Manipal. 2nd year ini, kami dapat cuti weekend 2 hari sabtu dan ahad, alhamdulillah. Itulah harinya saya dapat mencukupkan tidur, dan membuat kerja-kerja SDL dan PBL disamping masa untuk sedikit berhibur. rolleyes

Hari ini boleh saya klasifikasikan sebagai hari yang penuh salah faham. Dari pagi sampailah ke malamnya. Pagi tadi sebaik sahaja bangun Subuh, saya sudah mensetkan minda untuk berjumpa dentist. Seperti biasa, niat saya untuk tidak tidur selepas subuh tidak akan menjadi lebih-lebih lagi hari-hari cuti begini. Saya tertidur (baca: tertidur) selepas membelek tajuk Local Anaesthetic daripada buku Pharmacology.rolleyes

Saya terjaga jam 7.30 pagi, mandi dan minum pagi, teringat pula janji saya dengan Aliaa mahu makan nasi lemak Charaka Block. Charaka adalah hostel lelaki, tetapi adalah satu pemandangan yang agak biasa bagi saya untuk melihat perempuan pun makan di Mess Charaka. Kami pula teringin juga nak merasa nasi lemak yang digilai ramai itu. So, at 8.30am we walked to the block. It just within 5 minutes from my house. As we reach the Charaka Gate, I saw 3 boys eating inside, then I said, it's okay, we are not doing something wrong. So we stepped further, until we felt like we could not proceed our step. Hehemrgreen Ramai lagi kat dalam rupa-rupanya. So we just back off. Okay, niat itu masih ada, tapi tak sampai lagi masanya.

We just walked to CBS canteen makan sweet bun dan egg puff, and continued to Kasturba Medical Hospital. Aliaa mempunyai sedikit urusan dengan record department, cari kes Pap Smear, dan saya terus ke Dental Clinic. Kasturba Hospital ini, sangatlah besar dan agak memeningkan juga kadang-kadang kerana labelnya bertulisan pusing-pusing yang pada saya seperti corak sahaja. wink Terus saya berjumpa dengan Dr Adarsh yang ehem-ehem agak handsome. lol Sedikit perbualan dengan dengan beliau dan intern-internnya mengurangkan kegugupan saya berhadapan dengan dentist. Makanya premolar saya terpaksa dicabut. Isk, sakitnya tak rasa tapi merasa kekurangan gigi pula.

Dengan kapas dimulut, saya menahan sebuah auto untuk pulang ke rumah. Berkali-kali saya ulang saya nak ke Premier Ressidency, driver auto macam tak berapa faham saya cakap agaknya. (The cotton impaired my words!) Sampai rumah tak sampai sejam, saya dan housemates bertolak ke Udupi, mahu beli saree! The bleeding after extraction seemed to stop, so I just took out the cotton. Sampai Udupi sempat lagi saya telan Combiflam satu tablet. A pain killer that's a must! Berada dalam lipatan-lipatan sari yang penuh warna-warni, membawa saya ke pukul 12 tengahari. Sejam di rak yang sama, memang tak sedar. Well, you have to come here to feel how it is to shop sarees for balik Malaysia. Memang rambang mata dan masa terasa bergerak dengan pantasnya.neutral


Kira-kira 12.30 tengahari kembali ke rumah. Solat zohor dan makan tengahari (dari Prax tau), housemates saya kedua-duanya mempunyai urusan luar dengan Mentor Student Project. Tinggallah saya seorang di rumah menahan sakit gigi. Saya cuba study sedikit, tak tahan terus saya tertidur lagi. The best way to forget the pain is to sleep or under hypnotic. cool Pukul 4 petang Aliaa yang baru pulang dari hospital kejutkan tanya saya ada Saturday circle ke tak. Saya pun tak sure dan saya pun tak dapat mesej langsung minggu ini. So saya assume tak ada Saturday circle agaknya hari ini. Selepas Asar, kami keluar lagi bayar bil internet. Pergi Airtel, dia suruh bayar di kaunter Airtel Green Park Hotel. Hampir 20 minit juga kami berjalan. Dan kami sebenarnya tertinggal Saturday circle lagi minggu ini. Last session kami di Mangalore, this time tak sampai maklumat pula. cry

Selepas maghrib, saya menghabiskan Surah Faathir dan melangkah Surah Yaasin dan terus baca Surah As-Saafaat. Saya pun tak sure kenapalah saya tak baca surah Yaasin dulu. Sebaik sahaja habis mengaji, kecoh pula satu rumah, Ida dan housematenya di MP Park buat tahlil malam ini tak nampak batang hidung kami. Ha?? ada tahlil ke? Kenapa saya tak tahu? Terus saya call Ida, dia pun cepat-cepat minta maaf sebab salah maklumat, dan jemputan adalah untuk semua batch 20. Saya ingatkan mesej dia pagi tadi di YM ditujukan untuk warga-warga MP Park sahaja. Aih, nasib baik sempat juga saya turut serta baca YAASIN dan bertahlil, kemudian makan-makan. neutral

Sedap sungguh masakan Leen. Hehe. Tapi sekarang saya sedang mengalami hypersensitivity reaction type 1. Gatal hidung dan telinga. Sayur lemak udang dengan belacan tadi betul-betul kena dengan saya. Saya suka makanan terlarang bagi saya itu. Sekali-sekala tak apalah. mrgreen Yang tak boleh itulah yang disukai. Lumrahkah?

Hari penuh dengan kekurangan penyampaian maklumat yang membawa sedikit masalah kepada saya.

Abair ach beagan is abair gu math e. Say but little and say it well.

No comments: