Thursday, July 3, 2008

Sekali sekala ia hadir

Entah apa yang meng 'induce' saya untuk merindui sahabat-sahabat saya di sekolah dahulu sehari dua ini. Sekali sekala kenangan lama kami hinggap di jiwa saya. Ya, saya memang sedang dilamun rasa rindu. Rindu yang amat. Terasa mahu terbang berjumpa mereka sekarang juga. Saya rindu akan suasana kelas yang sungguh tenang dan menyejukkan hati itu. Saya paling rindu kelas 5 Bukhari 2004. Masih segar di ingatan kami sekelas bertungkus-lumus mencantikkan kelas, menceriakan suasana, walaupun kebanyakan ahli kelas kami adalah orang-orang 'besar' sekolahmrgreen. Namun akhirnya, kelas kami berjaya memenangi kelas paling ceria. Gembira bukan kerana kemenangan itu, tapi erti disebalik kemenangan itu.


5 Bukhari 2004, rindunya.....


Kenangan di bumi SHAMS (Sheikh Abdul Malek School) adalah sebuah kenangan yang amat payah untuk saya lupakan. 5 tahun pengajian di situ. Mendidik dan mentarbiyyah saya sehingga menjadi seorang diri saya yang hari ini. Saya berada di tempat ini berkat doa warga SHAMS juga. Saya tak pernah lupa antara amanat terakhir Cikgu Rahimah, cikgu kelas kami, sebelum kami menduduki SPM. Ketika itu bulan Ramadhan, dan hanya beberapa hari lagi kertas pertama SPM 2004, Pendidikan Syariah Islamiyyah kertas 1 akan kami hadapi.

"Kamu semua dah buat yang terbaik untuk SPM ini. Kamu dah buktikan yang kamu sudah berusaha sebaik mungkin. Saya tahu 12 subjek bukanlah perkara yang mudah. Kalaulah saya ada kuasa nak bagi 12A, saya mahu kurniakan 12A SPM untuk setiap orang dalam kelas ini. Percayalah apa yang kamu semua dah buat, itu sudah cukup 12A bagi saya. Saya seronok ada anak murid macam kamu semua...... Selamat menduduki SPM, semoga berjaya, dan all the best! "

Jujurnya, saya sebak. Ikhlasnya beliau mendidik dan mengasuh kami, tak ada tolok bandingnya. Ikhlasnya itu masih saya terasa hingga hari ini. crySelepas SPM, kali terkahir kami semua bertemu adalah ketika keputusan SPM diumumkan. Dan itulah kali terkahir saya bersama dengan classmates saya. Alhamdulillah kami semua berjaya!



Hari SPM diumumkan. Believe me, salah seorang dalam gambar ini akan menamatkan zaman bujangnya bulan 8 ni. Tahniah! Moga diberkati. Amiin



Ya Allah, rindunya saya mahu kembali ke waktu itu. Belajar bersama, berkongsi ilmu dan idea, senang dan susah bersama, we laugh and cry together. Terasa kemanisan ukhwwah itu. Teringat time kelas Matematik Moden, hampir satu kelas mengantuk dan gelakkan lawak cikgu sambil mata terpejam. Teringat cerita-cerita lucu Ustaz Aziz. Masih terasa kelembutan dan kesopanan Ustazah Saedah mengajar Bahasa Arab Tinggi. Tenang sekali orangnya. Saya tak boleh lupa ketika saya menjalani ujian lisan Bahasa Arab Tinggi, saya memang cuak habis. Kena baca bahasa arab yang tak ada baris dengan betul. Alhamdulillah, pas juga.

Tak lupa juga saya pada satu peristiwa ketika menjawab soalan ujian bulanan, saya sedikit blank or macam tak berapa nak ingat fact properly. Hampir saya give up di tengah-tengah exam itu. Mahu menangis pun ada. Saya hanya merenung seorang ustazah, dan tiba-tiba ilham datang mencurah-curah. Alhamdulillah. Ada cikgu pernah pesan, andainya kita ter'blank' masa exam, pandanglah pada wajah- mereka-mereka yang berilmu, insyaAllah, akan datang idea kita. Wallahualam


Apabila orang mengantuk disorongkan bantal


Hari ini semua sahabat-sahabat saya sedang berjuang dengan bidang masing-masing. Dan salah seorangnya, saya, tercampak di Manipal yang keadaannya 360 darjah sangat-sangatlah berbeza dengan suasana di bumi wakafan SHAMS dulunya. Apalah agaknya yang kalian sedang lakukan sekarang. Yang pastinya, esok kita tak perlu lagi fikir susahnya nak belajar Add Math, kesiannya Cikgu Ida semangat mengajar Biologi, tapi keputusan tak best. Kita tak perlu fikir nak kena pergi kelas malam, kelas petang. Tak perlu risau kalau tak ingat surah-surah hafazan itu, ujian lisan Pendidikan Quran Sunnah dah lepas. neutral Tak perlu risau pasal EST lagi. Tak payah teka kantin sekolah jual mi sup ke tak hari ini. Tak ada lagi spot check pengawas.mrgreen Tak perlu beratur panjang ambil wudhu' kat surau lagi.

SHAMS takkan luput di ingatan. Buat sahabat-sahabatku terutamanya, Hannah Murshidah (UIA Kuantan), Ummi Sabiqah (Trinity College, Dublin), Adilah (SIC, Klang-Aus), Nik Azreen (UTM Shah Alam), Salihah (UKM), dan Ainul Nabilah (Melaka), ketahuilah bahawa saya sangat rindukan kamu semua. Ukhuwwah itu indah, bila bertemu dan berpisah kerana Allah. Bertemu tak jemu berpisah tak gelisah. Walaupun kita dah jauh di mata tapi rasa ukhwwah itu masih dekat di hati. Saya tak jumpa lagi insan seperti kalian walau sudah agak jauh saya pergi. Sudah ramai yang saya temui. Tak ada yang dapat menggantikan tempat kalian di hati saya. Tak ada sebab untuk saya melupakan kalian. Terasa bagai semalam baru bertemu. Dan hari ini saya hidup dengan kenangan bersama kalian yang masih segar itu. Senda gurau, pahit manis pertemuan kita itu sentiasa bermain di fikiran. Kadang-kadang mata ini hampir menangis mengingati kalian.

Ya, saya sedang merindu!

ya Allah, Engkau tahu hati-hati ini berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syariatMu,
teguhkanlah, ya Allah..ikatannya.
kekalkanlah cinta kasihnya.
tunjukilah jalan-jalannya.
penuhilah hati-hati tersebut dengan cahayaMu yang tidak pernah hilang.
lapangkanlah dada-dada kami dengan kelimpahan iman kepadaMu
dan indahNya bertawakal padaMu.
hidupkanlah hati ini dengan ma'rifat kepadaMu.
matikanlah ia dalam syahid di jalanMu.
sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
ya Allah, kabulkanlah..ameen!!


No comments: