Saturday, April 14, 2012

Kota Kinabalu Day 2

We began our journey this day with a breakfast at the hotel. Alhamdulillah kenyang juga perut kami yang nak bertolak ke Kundasang pagi-pagi ni. We rented a car, Avanza for 5 days. So I went to meet the car owner for the first time. I got to know about him when we first touched down at KK airport the day before. He was the one who took care of a travel agnet booth. Masyaallah orangnya sangat baik. Macam tak percaya. Dalam banyak-banyak agent kat situ, dia yang kami pergi. We paid the total rental fees for 5 days during that first time. Dia siap bagi number phone dia and kawan dia just in case we need help. Dahlah kereta yang kami dapat ni baru keluar dari kedai 3 hari. Hm.. They trusted us that much.
 
So the first stop to Kundasang was Rumah Terbalik. We actually terlepas the place. Tapi sempat perasan and patah balik. Huhu. Everything was upside down. They only allowed us to take the pictures from outside the house. The owner wanted to keep the inside stuffs as secrets. Huhu. Dalam banyak-banyak benda terbalik tu paling tak boleh blah was the cats yang tengah tidur pun terbalik. Comel pulak. And tak tahan tu, ada KFC bucket atas meja. I kind of had lose of association bila the guide cerita panjang lebar pasal rumah tu. Poor betul attention span aku ni.


Lebih kurang sejam la jugak kami bergambar di situ, kami sambung perjalanan ke Kinabalu Park. Macam kaki gunung Kinabalu. We went to one of the gate to Mount Kinabalu. Bergambar jelah di situ memandangkan tak prepare nak climb. And memang tak nak climb dah pun lepas serik naik Jabal Musa dulu. Penat. Dah tua dah aku ni. Hisk


Even though kaki gunung, tapi sudah agak tinggi. Kami sudah berjaya pegang awan. Suhu pun agak nyaman lah memandangkan kami sampai pun dah tengah hari. Pemandangan pergunungan tu sangat cantik. Subhanallah. Can't take my eyes off the scenery. Indahnya ciptaan tuhan. Nikmat tuhan mana yang nak kita dustakan?


Belum puas berada di kaki gunung, we moved on to Poring Hot Spring pulak. On the way, dengan perut yang lapar we stopped by at one of the restaurant tepi jalan. Makan kedai chef la pulak. Sedap. Murah. And boleh rasa tuhau. Macam lauk sayur yang terkenal kat Sabah ni. Introduce by Syud.
We reached Poring Hot spring nearly 4 pm. Canopy walk akan ditutup by 4 pm. Maka kami yang sedikit kekenyangan and mengantuk ni bergegas ikut trail, yang agak mendaki sampai ke peak yang nak naik canopy walk. Memang jauh and memenatkan lah juga nak sampai ke pondok untuk canopy walk tu. And here was the thrill. Jambatan gantung yang hanyalah selebar sekeping papan yang tergantung antara satu pokok tinggi to another pokok tinggi jugak. The rule is not to look down. Just look in front. Untuk orang yang ada sedikit gayat macam saya ni kalau tertengok bawah je rasa macam tak boleh melangkah. Huhu. Panjanglah jugak hanging bridge ni sampai 5 biji nak kena lalu. In between the bridge ada macam rest station. Masa naik bridge ni ramai-ramai Ya Allah goyangnya tuhan saja yang tahu. Mulut ter henti-henti berzikir dan mengucap. Yelah kan dalam kepala duk terbayang worst case. Anyway dekat counter ticket dia dah mention 3 golongan yang tak di recommend untuk naik canopy walk : hypertensive patient, takut tinggi and sakit jantung. Susah kot kalau jadi pape. Masyaallah tak nak bayang lah.

After penat ber canopy walk, kami turun ke hot spring. Pergi celup-celup kaki sambil lepak-lepak melepaskan penat. Ceewah. Letih kot. Jam pun dah pukul 5, kalau tak silap. Banyak kolam air panas yang di buka. Ruang mandi tertutup pun ada. Boleh disewa private lagi. Dia bina something like chalet. So kalau perempuan nak pergi mandi ramai-ramai dan tertutup family sendiri, memang boleh sangatlah.



On the way balik ke KK, kami singgah ke tempat terakhir untuk hari pertama ni, Desa Dairy Farm. Jalan ke arah ladang lembu ni membuatkan semua orang tak yakin betul ke jalan ni? Ada jugak rasa macam nak turun tanya orang kampung. Dahlah waktu pun sudah 6 lebih. Bear in mind that Sabah punya gelap lagi awal dari semenanjung. Tapi disebabkan GPS dah kata betul, okay kami serahkan segalanya di tangan Allah. Allahuakbar.

Meneruskan perjalanan di sebalik kabus dan kami pun dah terasa kesejukan waktu malam di tanah tinggi Kundasang, akhirnya kami sampai juga ke Dairy Farm yang obviously dah tak buka la kan. Dekat-dekat 7pm jugak rasanya. View dia Subhanallah. Cantik sangat! Macam dalam gambar kat tin susu Fernleaf. Ada lembu-lembu gemuk New Zealand yang tengah makan rumput. Kenapalah kami tak sampai awal kat sini. Huhu. Apapun Alhamdulillah atas nikmat pemandangan cantik yang Allah bagi peluang ni.

Tak puas kami bergambar di sini. Malam sudah menghambat kami. Waktu juga sudah suntuk. Kami tak mahu sampai KK terlalu lewat. Semua orang juga sudah penat. Menuruni tanah tinggi Kundasang lepas Maghrib sangatlah mencabar driver dan penumpang. Ada beberapa kali jarak pemandangan kami sangat teruk disebabkan kabus tebal. Yelah kami sudah berada di part yang berawan kalau dalam pemandangan sebuah gunung. Memang menguji adrenaline lagi. Kami bawa dengan sangat berhati-hati beserta doa yang tak putus-putus. Alhamdulillah sampai KK dalam pukul 9 lebih. Perjalanan turun tak selama perjalanan naik.
Kami berhenti di sebuah restoran berdekatan hotel untuk dinner. Tak lupa juga merasa kepak ayam yang dipanggil sayap. Sedap. Hehe. Alhamdulillah


No comments: