Saturday, April 21, 2012

Kota Kinabalu Day 4

Hari keempat ini macam biasa rutin kami. Orang pertama yang bangun adalah jam 5.15 pagi yang biasanya Hanim. Bila first person dah bangun usually yang lain-lain pun dah bangun sebenarnya, cuma saja golek-golek dulu atas katil berfikir nak pakai baju apa nak makan apa pagi tu. Hee

Pukul 7 pagi, semua dah siap, kami bertolak ke Kudat yang dianggarkan mengambil masa 3 jam. Kami isi minyak, cari kedai beli mineral water untuk jalan jauh, jalan sesak, dalam 8 pagi juga kami baru betul-betul bertolak ke Kudat. Elena yang drive pagi ni di co-pilotkan Syud. What a combination! Hilarious!

Pukul 9.30 kami semua dilanda kelaparan. Cari punya cari mana-mana kedai makan yang buka on the way tu bukanlah satu perkara yang mudah. Ada kedai nampak kecil tapi ramai orang, ada yang besar macam tak buka. Finally we stopped by a kedai yang nampak macam kedai jual pisang goreng. Dalam hati, kalau kedai ni tak ada food lain, nak juga aku minta je tuan kedai tu masak je apa yang ada. Rasanya kedai muslim. Alhamdulillah kedai tu memang muslim, and yes jual pisang goreng. Lain-lain tadak. So kami pun order masakan panas. Dapur dia sangat lah kecil. Lebar dalam sekangkang je kot, panjang pun dalam 4 meter, muat-muat letak dapur, sinki je. Tak kisah lah asalkan boleh makan. Mula-mula agak underestimate kedai ni, mesti lama dia nak masak sebab dapur kecil, kami pun order food yang variety jugak. Tapi tak sempat boring tengok pemandangan hijau sekeliling kedai ni, dah siap pun! Wow. Terbaik lah akak tukang masak. Dahlah ramah and macam biasa sangat sopan dan highly neat budi bahasanya. Orang Sabah bah!

Kenyang, kami beli bekal pisang goreng makan dalam kereta. Sambung perjalanan. Actually jaraknya tak adalah jauh sangat. Dalam 140 km. Kalau di semenanjung, guna highway tak sampai 2 jam boleh sampai. Tapi jalanraya ke Kudat ni ada dalam 40 percent jalan berbatu. Masyaallah, boring dan tak bestnya tuhan saja yang tahu. Driver kami Elena pun bertabah hati bawak slow-slow. Tolonglah JKR ke apa siapkan elok-elok jalan tu. At least buat sebelah-sebelah ke. Sebab both lanes yang teruk. Nasib baik kawan-kawan semuanya happy and funny. Ada la jugak entertainment sepanjang perjalanan.

First destination was Perkampungan Gong. Satu kampung buat gong. Wow. New experience to me. Seronok tengok semua penduduk beria-ia tunjuk macam mana diorang buat gong. Ada yang pandai main gamelan. Oh tak lupa juga sebiji gong besar gedabak. Separuh padang bola ada kot saiz nya. Penduduk kampung ni pun baik-baik and ramah-ramah. And they actually earned a lot for making this gong. Depa kaya kot. Tapi kediaman mereka sangatlah humble tapi selesa. The gong making is their tradition. Diperturunkan dari turun temurun. They were very good and skillful. Sekejap je dia ketuk-ketuk besi tu jadi bentuk gong. Then, diorang tune baik-baik bagi bunyi gong tu tak sumbang. What a brilliant man!!

Next ke Bee Farm. Sebelah kampung gong ni je. Malangnya time kami pergi, bukanlah musim dia. So tak boleh gi tengok bee buat honey. Tapi kami beli madu yang original di situ. And here we met our juniors, budak batch 22 yang tengah elektif. Apa entah nama dia. Hanim and Sera buat-buat ramah tegur depa. Hee. Memula tak perasan. Oh kecilnya dunia.


Selepas itu, kami sambung perjalanan dan berhenti di Rungus Longhouse. Best. Ada guide yang muda dan pandai. Selama ni tengok rumah panjang dalam tv je. Ni betul-betul punya. And remember if u want to buy accessories yang manik tu, the best is to buy it here. Paling murah dari mana-mana tempat kat Sabah. Compare to KK je sebenarnya. Hee.

Okay here we were to the Tip of Borneo, Kudat. A place yang sangat cantik. If we see the map, we can see the tip, so here we were. Masa sampai tu panasnya cuaca, bahang. Sampai-sampai, park kereta, semua tak mahu turn lagi. Ready nak redah panas, duk dalam aircond kereta dulu. Nampak pakcik aiskrim. Apa lagi turun lah beli ais krim yang agak mahal la dari harga biasa. Dan sangat cepat mencair. Oklah, basahkan tekak dengan aiskrim.

Cantiknya pantai ni masyaallah. Tak tergambar. Tak puas duduk disitu, namun kami harus pulang segera. Sudah dekat pukul 5 nanti dah gelap. Nak balik KK, and going through that kind of road? Hmm. Again kat sini kami jumpa junior kami tadi. They actually stay one night here. Oh, bestnye boleh tengok sunset and sunrise. Dari parking ke tip tu sangatlah jauh. And nak kena turun batu. It takes a lot of hurdles la to get there. Once we were there, apa lagi bergambarlah sepuas-puasnya. Sampai habis battery kamera n phone. Isk.


We stopped by a surau yang sebelah balai polis di situ. First time jumpa surau kat KK ni. Kalau tak sepanjang perjalanan mesti nampak signboard gereja. Yes, gereja macam surau kat semenanjung. Banyak. Each kampung ada satu. Then we headed back to KK. Memang dah gelap, and Elena memang sangat bagus masih setia drive kan untuk kami sampai KK.

In KK we had our dinner at a restaurant nasi padang. Terliur la kan tengok nama nasi padang. Sedap. Tapi taubat tak gi dah kot kedai tu. Mahal!!! Semua macam nak terjun laut sebelah kedai tu je lepas bayar. Hehe. Kami pulang ke penginapan dengan perut kenyang dan keletihan. End of day 4.

No comments: