“Tidak akan masuk Syurga org yg di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.” (Riwayat Muslim)
Langkah-langkah utk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akn dpt dikesan sifat sombong sama ada sombong yg keterlaluan, sederhana atau ringan. Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya;
- Payah menerima pandangan org lain sekalipun hatinya merasakan pandangan org itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu dtg drp org yg lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.
- Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.
- Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dgn org yg satu ‘level’ atau sama taraf dgnnya. Manakala dgn org bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dgn org yg sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lg. yakni dia suka dgn org yg mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dgnnya.
- Memandang hina pada golongan bawahan.
- Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yg diperlukan.
- Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dipihaknya sendiri, susah utk mendengar cakap atau nasihat org lain serta tidak prihatin dgn cakap orang. Apatah lagi utk mengikut cakap org lain
- Dalam pergaulannya, dia saja yang emborong utk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada org lain bercakap. Kalau ada org lain bercakap, dia suka memotong percakapan org itu.
- Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dgn kasar dan keras terhadap pengikut2nya atau org bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula utk taat dan patuh kepada pemimpinnya.
- Susah hendak memberi kemaafan kepada org yang tersilap dgnnya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Dibelakangnya diumpat-umpat.
- Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
- Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat utk menghormati org lain.
- Mudah berdendam dgn org lain terutamanya bila org itu tersilap. Memulau org yg berbuat salah pada dirinya.
- Suka menzalimi org sama ada scr kasar atau scr halus.
- Kurang bermesra dgn org kecuali terpaksa krn perlukan org itu atau krn takutkan org itu.
- Suka memperkatakan keburukan org seperti mengumpat, memfitnah serta membenci org.
- Kurang menghormati pemberian org atau tidak menghargai pemberian org lain.
- Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
- Suka menghina dan menjatuhkan air muka org dihadapan org lain.
- Kurang menghormati nikmat2 Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yg berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dgn yg baru. Pakaian yg lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli brg yg tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari drp memberi nikmat yg berlebihan itu kpd org lain.
- Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.
- Kurang memberi simpati atau kurang menolong org lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dgn org itu.
- Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu org. tidak suka menyebut kelebihan2 org lain krn takut mencabar dirinya.
- Kesalahan2 org lain dibesar2kan sdgkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat2 tidak tahu atau cuba mempertahankan diri spy org menganggap dia tidak bersalah.
- Sangat tidak senang dgn kejayaan atau kebolehan org lain.
- Dia sangat tersinggung kalau ada org memuji-muji atau menyebut kelebihan2 org lain dihadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.
Paksi.net
No comments:
Post a Comment