Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada Mu
Rindu Padamu - Yasin
Entah mengapa sejak kebelakangan ini saya sedikit tidak sedap hati. Adakah ianya satu petanda atau ianya hanyalah satu permainan syaitan bagi menggoncangkan hati saya? Saya sendiri tidak pasti. Cuma ada satu perkataan yang asyik bermain dan berlegar-legar di fikiran saya, 'sombong'. Teringat ayat dari surah favorite saya, Surah Luqman ayat 18 dan 19.
'Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.'
Simple but full of meaning. Dalam kehidupan saya sehari-hari, tidak saya nafikan akan ada part-part yang saya kurang senang dengan perbuatan dan perkataan orang-orang di sekeliling saya. Itu semua perkara biasa. Im dealing with different kind of people everyday. I wake up in the morning, pak guard jaga apartmen will say hello to me. Walking to lecture hall, I watched too much kesusahan along the way. I watched them fed their children dengan makanan yang tak seberapa, I watched them mencangkung tepi jalan, sapu jalanraya!, I watched sebaris kuli-kuli tempat pembinaan (most of them young girls with sarees!) walking to the unfinished buildings, and I watched a man who slept tepi jalan dengan seekor anjing, masih belum bangun pagi, entah apa kerjanya. That's my usual daily scenes. In class, I dealt with my variety of friends. They comes from other countries and of course different religion and races. After class, sometimes I met lecturers to discuss my confusion, then I went for lunch dealing with pakcik restoran yang sangat ramah. At home I attempted myself to hear some kuliyah from ustaz-ustaz online, and of course I interacted with my friends in YM.
So many people Im dealing with everyday. Nanti clinical years lagilah banyak. Saya boleh terima kepelbagaian dan kelainan dalam diri orang lain kerana saya tahu setiap manusia itu ada uniknya. Saya tidak pandang seseorang dengan kekurangan pada dirinya. Saya akan sentiasa melihat kelebihan seseorang mengatasi ketidaksempurnaannya. Jika ada perkara yang saya rasa saya perlu ubah, saya akan cuba memahami situasi sebenar, kemudian barulah bertindak. I will try my best to put myself in others shoes first then only I will evaluate. That's me.
Saya sedikit kurang senang dengan sikap sombong. Jika sombong itu tidak disedari, dan ianya berlaku sekali-sekala, itu boleh dimaafkan. Tapi sombong yang sengaja dibuat dan sememangnya berpanjangan dan saya pun kurang pasti adakah empunya diri menyedarinya atau tidak, cukup terkesan pada saya. Saya tidak rasa ini adalah sebahagian dari kepelbagaian manusia yang disebut Allah,
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
[Al-Furqan, Surah al-Hujuraat ayat 13]
Untuk apa menjadi sombong? Ianya hanya akan menyakitkan lagi hati yang sememangnya sudah sakit. Sesungguhnya sombong itu adalah salah satu sifat syaitan. Its infect the heart. Bukankah kita semuanya serupa? As my Forensic Medicine's lecturer said, "we come from dust, we return to dust and we are nothing". Yes that was very true. Untuk apa kita hidup kalau tujuannya mati. Kehidupan dunia ini sangat singkat, malah dikatakan hanyalah sekadar persinggahan. Nanti nak menjengah alam kubur, alam barzakh, alam akhirat. Kalau difikirkan semula, memang sekejap sangat roh kita ini singgah di dunia. Di dunia inilah waktunya kita beramal, berbakti, bermuamalat. Bukannya tujuan kita hidup hari ini, untuk habiskan perlawanan futsal selasa ini, untuk habiskan exam 1st blok lagi kira-kira sebulan, untuk bergelar seorang doktor lagi 4 tahun.
Kita hidup atas dunia yang sama. We share the same earth right? So we live together. Kenapa Allah ciptakan manusia ramai-ramai atas satu bumi ini? Adakah untuk mengabaikan orang lain and to assume others as invisible and we lead our own life on ourselves? Yela, kubur masing-masing. Tapi itu tidak akan menghalang kita dari tidak mahu peka dengan our surrounding environment? This just a common sense of mine. Adakah dengan prihatin dengan orang lain, itu dikira sebagai busy body? I dont think so. Busy body ialah mencari-cari kesalahan orang lain sehingga terpaksa bertindak dengan skodeng atau apa saja.(In my definition lah).
Somebody pernah pesan kepada saya, "kalau kamu boleh terima manusia atas muka bumi ini mempunyai berbagai perangai dan karenah, kamu akan sentiasa berlapang dada menghadapi ragam mereka". Post ini ditujukan buat diri saya juga sebagai peringatan. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar akan perlakuan dan tindak-tanduk kita sendiri tidak disenangi orang lain. Saya mohon sahabat-sahabat agar menegur dan mengingatkan saya. Saya mahu bersama kalian bukan sahaja di dunia ini, malah di akhirat sana. Marilah kita saling mengigatkan antara satu sama lain.
Luahan dari saya yang resah
1 comment:
waa..best2..huhu..betul,xde gunenye jadi sombong..tapi sumtimes it simply happen..doa2,moge kalau "ter"sombong tu cepat2la sedar..insya'Allah..nice post..=D
Post a Comment