Cerita Tentang Nama
My full name as in IC : Wan Najwa Aima Binti Wan Mansor
Panjangkan? Saya pun rasa nama saya panjang. But my dad say it's not that long. LOL. Kalau saya nak mengisi borang apa-apa, kotak-kotak mesti tak cukup, and in case kalau cukup pun, mesti ngam-ngam je.
I still remember when I was 5, my tadika's teacher asked me to write my name, and I confidently wrote in on a paper, passed it to her. But the result was, I only got 3 stars (kawan-kawan lain dapat sampai 5 bintang tau!), and when I returned home on that day, I blamed abah and ibu for giving me such a long name. Macam merajuklah. The thing was, I wrote the letter 'J'in another way around, mirror image of it. It supposed to be to the left hand side, but I wrote it to the right hand side, so it's look like an 'L'. Dengan air mata yang berlinangan saya membebel,
'ibu abah letak nama kakwa panjang sangat, banyak nak kena ingat, tengok! Huruf J pun kakwa tak ingat macam mana'
Bila terkenang balik, saya tersenyum sendirian. Apa-apa sajalah. :)

Makna disebalik nama
Wan : Ini adalah pangkat nama bagi meraikan keturunan ayah saya. Jadi automatically this name should be there as muqadimmah of my name. (Ada darah Mahsurikah aku ini? hihi)
Najwa : Makna dari segi bahasa, bermaksud bisikan. Panjang lebar juga Ustazah Rokiah Hassan yang ajar saya Bahasa Arab terangkan maksud dan dimana tempat penggunaan perkataan 'najwa' yang sepatutnya. Saya pun dah lupa. Isk
Aima : Ha, word ini, puas saya tanya pakar-pakar bahasa, semua tak jumpa apa maksudnya. Semuanya geleng kepala. But I just like the combination. :)
Sejarah Tentang Nama
Seingat saya, ibu saya menamakan Najwa kerana ketika mengandungkan saya, dia tertarik dengan keperibadian seorang Najwa yang saya pun tak sure siapakah dan apakah kaitan beliau dengan ibu saya. Wallahualam
Mungkin dah lama dia teringinkan anak nama Najwa. Oh ya, satu fakta menarik mengenai nama dan kelahiran. Saya dilahirkan pada 29 Ramadhan 1408 Hijrah, dan sepupu saya dilahirkan a day after that, on 1 Syawal. And his name is Syawwal. I do wonder if I was born on the 1st of Syawal ada kemungkinan nama saya Syawal. Hehe
Nama Panggilan
Oleh kerana nama saya pun panjang, makanya banyaklah nama pangillan saya. Saya cuba atur ikut hierarki kemahsyuran penggunaan nama saya.
- Najwa : Almost semua orang guna especially yang baru saya kenal. It just like my primary name. Teringat satu peristiwa berlaku dekat kedai Sony Souza, Udupi: When I wrote my name on the bill, makcik itu tersengih dan tergelak kecil, then asked me, which one is your name? It is so long, I dont know what should I call you madam. Im petrified, and replied, it's Najwa, just call me Najwa.
- Wa : Panggilan untuk orang-orang terdekat dengan saya. Parent, pakcik makcik, sepupu sepapat dan yang sewaktu dengannya. Sahabat handai semua guna. Ringkas dan memudahkan semua. Saya juga senang berbahasakan diri dengan 'wa'.
- Kakwa : Panggilan abah ibu, adik-adik saya, kadang-kadang saudara-mara tak kira tua atau muda. Saya lebih terkenal dengan nama ini. Junior-junior pun guna. Eh,jiran-jiran pun dah terbiasa panggil saya kakwa. Kawan-kawan ibu dan abah pun. LOL
- Wawa : Saya pun kurang pasti siapa initiate panggilan ini. Tapi ianya agak mahsyur sekarang terutamanya kalau kat Manipal ini, I can say that, budak-budak MARA panggil 'wawa', budak-budak JPA panggil 'wa'. Seriously.
- Along : Panggilan oleh seorang pakcik saya, sebelah Abah. Yang lain semua lekat 'Kakwa', tapi dia lekat 'along'.
- Aima : Tak ramai yang panggil saya nama ini, mungkin kerana tidak sesuai dengan saya yang agak kasar. Panggilan yang agak feminin. :P Tapi masa sekolah dulu, Ustazah Rokiah Hassan selalu guna. Mungkin nak membezakan dengan Najwa lain.
- Wan : Seingat saya, cikgu Sejarah dan cikgu Geografi saya panggil 'wan'. Dan mereka suka panggil saya dalam kelas. Mungkin kerana kedudukan nama saya paling bawah dalam list nama, so senang nak dapat. Nurse KMC Hospital announce nama saya dengan 'wan' juga, tapi the way she pronounce it ada slangnya tersendiri. Bunyi macam 'wen'
Selagi ianya tidak mengecewakan atau memperkecilkan sesiapa, gunalah ia. Nama itu juga yang akan Allah SWT panggil di padang mahsyar. Kalau boleh panggilah seelok-elok panggilan.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
[Al-Quran, Al Hujuraat; 11]
1 comment:
wawa (n_n)..i usually call er wa or wawa e?lupo dah..aper2 pon..nama najwa aima tue mmg combination yg baik
Post a Comment